Pages

Wednesday, September 18, 2024

Pengalaman Temuduga PDPP


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk yang tak tahu, saya telah pun menjalani temuduga untuk PDPP, atau nama penuhnya, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan. Temuduga tersebut telah dijalankan di IPG Kampus Temenggong Ibrahim pada 12 September yang lalu. Sebelum kita lompat ke perkongsian temuduga itu sendiri, mehlah kita ceritakan serba sedikit dahulu tentang latar belakang PDPP.

Berdasarkan temubual ringkas (ceh, padahal korek dari akak usher), sebelum ni PDPP adalah bersifatkan Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk guru kontrak (contract of service) yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan. Maksudnya, guru COS ini akan mengikuti pengajian PDPP semasa cuti sekolah bagi melayakkan mereka mendapat ikhtisas pendidikan. Dengan adanya ikhtisas pendidikan, barulah guru COS ini boleh memohon untuk menjadi guru tetap di sektor kerajaan. Pada tahun ini pula, penyertaan PDPP adalah secara sepenuh masa dan memerlukan 100% kehadiran semasa kuliah dan praktikum. Tambahan pula, yuran PDPP 2024 akan mendapat tajaan penuh oleh KPM dan mendapat elaun bulanan, sama seperti pelajar PISMP IPG. Menarik, kan? Mungkin kerana itulah, tapisan tahun ini ketat.

Ketika permohonan PDPP dibuka, KPM ada menyediakan senarai kluster ijazah sarjana muda dan mata pelajaran yang ditawarkan. Hanya kluster yang disenaraikan sahaja yang layak memohon, dan opsyen kursus itu sendiri sudah cukup terhad. Untuk sesetengah opsyen, ada syarat tambahan lagi yang perlu dipenuhi supaya permohonan itu lulus. Contohnya, untuk Ijazah Sarjana Muda Biologi yang dipadankan dengan opsyen Bahasa Inggeris, calon perlulah mempunyai kelayakan Bahasa Inggeris mengikut CEFR dengan tahap minimum C1.

5 opsyen yang ditawarkan: BI, BM, PAI, PJK dan Pendidikan Pemulihan

CEFR tahap C1 = MUET Band 5

Ada yang dah lulus dari segi kluster ijazah, tapi sangkut pulak dengan requirement CEFR. Nak pulak, KPM hanya iktiraf sesetengah ujian sahaja. Kat sini sahaja, dah ramai yang sangkut dan tak dapat teruskan permohonan. Nasib baiklah MUET saya memang ngam ngam Band 5, dan sijil tersebut pun masih belum expired. Setelah permohonan berjaya dihantar, calon akan terus terima tarikh untuk ujian e-UKCG pulak, iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru. Ujiannya atas talian sahaja. Tips UKCG ni,  jawab soalan dengan mindset dan peribadi seorang pendidik. 

3 September - keputusan UKCG keluar. Alhamdulillah, saya lulus dan layak untuk menjalani Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan sesi temuduga. Masa ni, memang dah rasa sesak nafas tengok elemen ujian kecergasan. Bleep test? Bangkit tubi 5 variasi? Tekan tubi? Tolonglah, kita dahlah tengah tanam anggur. Bangun tidur pun matahari dah tegak atas kepala. Memang ke laut la fitness. Nasib baiklah ada masa seminggu macam tu untuk prepare. Adik sayalah yang menjadi coach tak bertauliah. Heret saya setiap pagi untuk training. Terima kasih, adik.

Elemen UKF termasuklah bleep test 20 meter, bangkit tubi 5 variasi, tekan tubi selama 1 minit dan jangkauan melunjur. Kalau opsyen PJK, ada tambahan lagi 2-3 test. Rasa macam flop jugaklah bahagian UKF ni sebab bleep test tak lepas pun level 3, bangkit tubi pulak sampai variasi 3 je, tekan tubi tak payah cerita la. Menggigil lengan oi. Jangkauan melunjur not bad la, sebab kaki pendek haha. Cumanya, I'm a bit impressed la sebab berat saya turun 4kg. Selalu boleh dapat berat macam tu lepas Ramadhan sebulan. Patutlah orang kata cardio is the best for weight loss. Faham do sekarang.

Muka sebelum dilanyak oleh UKF

Lepas UKF, pensyarah bagi 15 minit sahaja untuk tukar attire. Kalau ikut jadual temuduga, sepatutnya ada dalam 30-40 minit macam tu untuk bersiap. Ikutkan nak mandi sekejap, tapi memang tak sempat huhu. Memang rushing nak tukar baju lagi, nak lap lap sikit badan lagi, nak mekap lagi, nak pakai nametag lagi. Nasib baiklah, calon perempuan tukar di dorm. Selesa sikit. Calon lelaki kena tukar kat toilet je. Kesian...

Temuduga dibuat dalam kumpulan. Jadinya untuk TESL Kumpulan B, ada dalam 5 orang macam tu. Kitaorang pun dah borak masa UKF tu, so kurang jugaklah gugup. Actually, elemen temuduga tu dah pun diberikan dalam pdf sebagai panduan persediaan. Baca dulu betul-betul, and practice sendiri kat rumah. Sebelum temuduga, dia akan minta tuliskan pernyataan hasrat kenapa nak jadi cikgu. Boleh je practice dari rumah, tapi sejujurnya saya tembak je masa tu sebab memang tak teringat dah skrip.

Soalan temuduga pulak, dia akan minta kita introduce diri sendiri dan explain semula pasal pernyataan hasrat yang kita tulis. Dari situ, dia akan probing soalan personal sebab nak tahu komitmen kita macam mana. Macam yang saya cakaplah, PDPP tahun ini adalah full time. Jadi, kalau calon tengah mengandung, atau situasi lain-lain, panel nak tahu macam mana calon nak pastikan dia boleh commit untuk PDPP ni. Mungkin sebab saya paling muda, dan orang kata paling tak ada komitmen la sebab tengah menganggur kan, jadinya tak banyak soalan pun ditanya. Lega jugaklah.

Oh, lagi satu. Memandangkan PDPP ni kan tajaan KPM, jadinya panel sangat menitikberatkan dokumen. Semasa temuduga, berulang kali jugak dia semak fail temuduga calon. Kalau dah sampai step ni, takkan kita nak kecundang disebabkan oleh dokumen kan? Jadi pastikan fail temuduga mudah untuk diselak dan bawa sekali dokumen asal yang diminta. Macam yang saya kata, KPM cuma recognize certain English test sahaja seperti MUET, APTIS, IELTS dan TOEFL. Ada calon yang mempunyai EPT (English Proficiency Test) tapi KPM tak recognize EPT. Daripada side panel, mereka tetap akan proceed dengan temuduga tapi straightforward dia beritahu, the chances untuk lepas adalah very minimal. Just take note on that la.

Selesai temuduga, proceed pula dengan mock teaching. Masa ni memang dah tawakal. Memang confirm flop habis bahagian ni sebab cara saya ajar dah macam presentation tau. Tak macam nak interact dengan budak sekolah rendah sangat haha. Tak apalah, asalkan dah cuba. Habis temuduga, terus pergi Paradigm sebab dah lapar. Surprisingly, it wasn't that scary. Definitely less nerve-wrecking than Startek punya interview. Sekarang ni, tengah tunggu masa je untuk keputusan 25 September nanti. Doakanlah semoga ada sinar untuk saya.

Itu jelah setakat ni, jumpa lagi kalau rajin!

Thursday, July 18, 2024

End of an Era


Assalamualaikum semua. Setelah tiga bulan menggadaikan jadual tidur dan kesihatan mental bekerja sebagai seorang customer service, yesterday was the day I called it quit. Surat cinta yang telah dihantar sebulan awal akhirnya rasmi berkuatkuasa semalam. Karier yang suku tahun jagung telah sampai ke penghujungnya. Tak tahu apakah rancangan seterusnya, di mana hala tuju kehidupan akan datang -- cuma berpegang pada prinsip "percaya pada rezeki" je at this point.

Jujur cakap, keputusan nak berhenti pada awalnya sangat dipengaruhi oleh tekanan dari mak ayah. Berat hati masa tu tapi dah malas nak bertekak. Kemudian, agaknya Tuhan nak tunjuklah kan kepentingan restu mak ayah. Lepas serahkan surat resign, terus macam-macam isu dengan pengurusan. Masa ini, memang 70% dah menyampah. Pergi kerja dah tak ikhlas. Terdetik dalam hati, nasib baik dah hantar surat. Boleh cau awal, haha.

Bos tanya, HR tanya, akak admin tanya, hatta abang cashier 7-Eleven kat bawah pun tanya, "kenapa berhenti tak ada backup plan?" Memang mampu sengih kera jelah masa ni. Tak tahu macam mana boleh senekad itu but I guess it's the courage of the youth. Ha entahla. Kadang-kadang tu ada juga terselit rasa menyesal. Betul ke aku ni generasi Z yang lembik, tak dapat tahan tekanan pekerjaan? 

"Tak tahu." 

Jawapan yang aku bagi pada semua yang bertanya. Aku memang tak tahu apa yang aku nak dan perlu buat sekarang ni. Cuma tengah perlahan-lahan atur langkah semula, walaupun dalam keadaan serba keliru. Doakan aku, semoga Tuhan tunjuk jalan keluar.  

Terima kasih Startek, untuk pengalaman yang tak ternilai tapi cukuplah sekali je seumur hidup haha. Bye, bye! Jumpa lagi kalau rajin.

Monday, July 1, 2024

TIPS PERSEDIAAN TAMAT PENGAJIAN

Assalamualaikum dan selamat malam, semua. Setelah sekian lama tidak menaip di sini, rasa agak kekok sedikit ketika ingin mengarang ayat tadi. Kejap tulis, kemudian padam. Rasa macam dah lari rentak penulisan tu haha. Maklumlah, kita ni dah hampir dua bulan menaip laporan pelanggan sahaja. Kebanyakannya memang menggunakan singkatan dan perkataan asas sahaja kerana kekangan masa. Berkenaan itu, nantilah saya kongsikan. Hari ini, saya nak kongsi sedikitlah beberapa tips yang boleh mahasiswa tahun akhir buat setelah tamat pengajian. 

Entri ini sebenarnya diinspirasikan dari sebuah video TikTok yang baru sahaja saya tengok beberapa hari yang lalu. Boleh klik sini untuk pautan langsung.

Okay, jadi korang dah habis belajar. Apa langkah seterusnya? Kerja atau mahu berehat dahulu. Yelah, bertahun-tahun bertungkus-lumus untuk dapatkan segulung ijazah. Mesti penat mental fizikal. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Andai kata mahu berehat sebulan dua, silakan. Ambil masa untuk rangka perjalanan seterusnya. Kalau yang mahu terus melangkah ke dunia pekerjaan, ada beberapa dokumen yang korang kena dapatkan sendiri dari universiti sebagai bukti sudah tamat pengajian. 

Disclaimer: Saya pelajar #UiTMdiHatiku, jadinya konten entri ini lebih sesuai untuk pelajar universiti ungu sebagai rujukan. 

1. SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

Pelajar UiTM boleh memuat turun sendiri dokumen surat pengesahan tamat pengajian di laman UiTM Student Portal. Boleh buka di bahagian e-Academic dan skrol ke bawah sedikit. Tekan 'Student Letter', dan pelajar boleh memuat turun sendiri dokumen berkenaan. 


2. MINI TRANSKRIP / TRANSKRIP RASMI

Dokumen seterusnya ialah mini transkrip atau transkrip rasmi. Jika masih baru lagi menamatkan pengajian (dalam seminggu dua macam tu), boleh mohon dulu mini transkrip sementara menunggu transkrip rasmi. Mini transkrip boleh diakses di laman yang sama dengan surat pengesahan di atas, dan perlu membuat bayaran sebanyak RM1.00, jika tak salah.

Untuk transkrip rasmi pula, boleh klik sini untuk pautan ke laman konvokesyen UiTM. Transkrip rasmi ini boleh pilih sama ada mahu self-pickup atau pos ke rumah. Kedua-dua cara tetap perlu melalui bayaran RM10.00 untuk pemprosesan. Jangan risau, walaupun hantar melalui pos pun, dokumen tersebut masih utuh dan tidak keroyok. Pandai UiTM packing kan haha. Adakah salah satu dokumen ini wajib untuk permohonan kerja? Bergantung juga. Kalau nak mohon kerja mengikut kualifikasi ijazah, tentulah kena sertakan bukti dah tamat pengajian kan.

P/S: Saya baru tahu bahawa transkrip rasmi akan diserahkan bersama dengan skrol pengajian selepas konvokesyen. Jadinya, kalau company takde minta, tak perlu mohon pun tak apa hehe.


3. SURAT SENAT

Seterusnya ialah dokumen yang pada saya, ramai juga yang masih keliru dan kurang tahu. Saya sendiri pun baru tahu, melalui video TikTok yang saya ada kongsikan di atas. Surat Senat ialah kenyataan rasmi dari pihak universiti yang mengesahkan bahawa kita ialah pelajar yang akan bergraduat dan akan menyertai sidang konvokesyen pada masa yang telah dibincangkan ketika Mesyuarat Senat. Dalam erti kata lain, ini ialah dokumen yang paling solid untuk validasikan latar belakang akademik kita sebagai lepasan ijazah. 

Umum sendiri tahulah, UiTM ini ialah universiti yang paling lambat sidang konvokesyennya (alhamdulillah, maksudnya banyaklah graduan yang lahir dari UiTM kan haha). Macam saya sendiri, tamat pengajian awal 2024 - dijangka akan bergraduasi pada tahun 2025. Berjanggut nak menunggu. Takkan nak tunggu kosong sahaja? Apatah lagi, permohonan kerja di sektor awam memerlukan tarikh senat atau paling cikai, surat senat itu sendiri.

Saya ikut je langkah dalam video berkenaan tapi untuk ringkasan, pelajar boleh pergi ke Direktori Staf Konvokesyen UiTM atau klik sini. Catit alamat emel pegawai yang bertugas untuk fakulti korang, dan hantarkan sebuah emel ringkas untuk memohon surat senat. Contoh emel boleh tengok di bawah. Sekarang semua dah senang, emel ini sendiri pun saya jana di ChatGPT sahaja. 

Emel Permohonan Surat Senat


Contoh Surat Senat

Saya lampirkan sekalilah rupa surat senat untuk rujukan semua. Tarikh senat itu secara spesifiknya masih belum ada lagi kerana sidang 99 pun masih belum menjalankan istiadat konvokesyen. Kita yang sidang 101 ni memang tunggu je la diam-diam, hahaha.

Untuk persediaan lain itu, benda common la untuk menjejak ke dunia pekerjaan. Siapkan portfolio di LinkedIn, buat resume, kumpul sijil, sediakan salinan sendiri untuk setiap surat atau dokumen pengajian, etc. Paling penting sekali, siapkan mental huhu. Dunia pekerjaan tak sama dengan dunia belajar. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk teruskan ke depan walaupun kaki terasa berat. Sampai sini jelah, saya pun kerja shif pagi esok. Jumpa lagi kalau saya ada idea lain nak tulis haha.

Bye, assalamualaikum!





Monday, May 13, 2024

Officially going live!

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Maaflah kerana agak lama menghilang dari blog mahupun di media sosial yang lain. Mesej dari rakan-rakan banyak dibiarkan tidak berbalas kerana saya lebih banyak menghabiskan masa rehat atau cuti dengan tidur. Entah apalah yang penat sangat, walhal kerja setakat duduk depan PC 8 jam sambil melayan kerenah pelanggan. Mulut yang bergerak tapi badan pulak yang penat tak terkata. 
Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja habis tempoh nesting dan telah pun diuji untuk certification sebagai seorang agen khidmat pelanggan. Mujur, saya dan rakan-rakan majoritinya lulus. Syaqira, kawan baru saya, sangkut di certification level kedua tapi beliau tidak patah semangat. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk beliau. Hari ini juga menandakan hari pertama saya live sebagai seorang agen, dan bukan lagi di bawah latihan.

Jujur saya katakan, masih 50-50 sebenarnya. Kerjaya sebagai customer service ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, selain menghadap kerenah orang, kita juga akan diuji dengan sistem dan jaringan internet yang tidak stabil. Tadi saya baru sahaja ditembak oleh pemandu, "Gr@b ni pakai line seringgit ke?" berikutan kerana isu panggilan yang terputus dan tidak dapat dengar. Nak ketawa tapi pelanggan tengah marah. Terpaksalah tahan ketawa sampai panggilan habis.

Nak kata saya sudah beradaptasi dengan sempurna, tidak juga. Minggu lepas saya pernah menangis kerana ditembak mengenai insurans kereta. Saya dahlah tidak memandu, tak pernah pulak tu nak ambil tahu tentang insurans. Tiba-tiba ditanya dan ditekan dari segenap sudut mengenai insurans, memang tension sampai terkeluar air mata tanpa sedar. Nak pulak, hari berkenaan merupakan hari certification. Bertambah lagi tekanan psikologi di situ. Pun begitu, panggilan tetap harus diangkat walaupun suara dah serak hahaha.

Walaupun dalam keadaan serba serbi tidak pasti dengan kerjaya sekarang, saya memilih untuk follow the flow. Akan ada satu titik saya sendiri akan resign tapi rasanya bukan sekarang. Persekitaran kerja, kemudahan, dan rakan kerja sangat mempengaruhi keputusan saya untuk teruskan bekerja walaupun hakikatnya saya dah mentally drained. Penat ya nak bercakap 8 jam tanpa henti, apatahlagi sebagai seorang introvert. Setiap malam mengangkat panggilan lelaki yang berbeza, kadang okay kadang dimaki tujuh keturunan kita. 

Saya memang salute pada agen khidmat pelanggan yang mampu bertahan bertahun lamanya. Kesabaran mereka memang bukan tahap biasa dah. Apa-apa pun, tahniah kepada batch 56 yang majoriti telah lulus. Daripada 14 pelajar, kepada akhirnya cuma 7 yang berjaya go live, dan seorang yang sedang mengambil kelas refresher. Dah macam survival show dah bekerja di sini haha. 

Ini je kot, jumpa lagi kalau saya larat nak update. Assalamualaikum!


Sunday, April 21, 2024

How's life so far @ Startek

Assalamualaikum, salam Ahad untuk semua. Sebenarnya, agak ragu-ragu juga untuk post entri kali ini sebab baru seminggu jagung di Startek. Setelah fikir punya fikir, akhirnya decide untuk post jugak sebagai kenangan sendiri. Seperti yang anda tahu, saya telah diterima sebagai Customer Service Executive di Startek Sdn Bhd. Entri tentang pengalaman temuduga beserta soalan temuduga boleh dibaca di sini. Mana yang dah biasa kerja call centre, mungkin lebih familiar dengan nama lama Startek iaitu Aegis BPO Sdn Bhd. 

Hari pertama saya melaporkan diri, kebetulan juga terdapat sambutan Hari Raya Aidilfitri. Oh ya, Startek Johor berpangkalan di bangunan Medini 7, Iskandar Puteri. Agak jauh dari rumah tapi okay je sebab saya menggunakan khidmat shuttle bus syarikat. Macam biasalah, hari pertama ini tak terlalu sibuk. Sekadar urusan penyerahan dokumen dan proses induksi bersama HR. Untuk hari pertama bekerja, HR memang akan sediakan lunch pack untuk kita dan waktu lunch yang agak lama iaitu 1.oo pm - 3.00 pm. Untuk hari pertama jelah dapat rasa priviledge macam ini 😂

Kafe atau pantri untuk Startek agak besar dan diletakkan sebelah bilik loker. Ada vendor yang akan menjual lauk-pauk untuk makan tengah hari dan tentunya harganya sedikit mahal. Ada vending machine, microwave, sinki, mesin air dan Coway untuk kegunaan pekerja. Secara kasar, memang kafe Startek ini selesa walaupun terasa sedikit sesak ketika peak hour. Ketika sambutan hari raya juga, terdapat photobooth yang menyediakan cetakan 3-grid photostrip secara percuma tanpa had kepada pekerja Startek. Memang beraturlah nak ambil gambar masa tu! Saya juga tidak terlepas peluang untuk mengambil sekeping gambar bersama kawan baru ketika itu iaitu Anis, Syaqira dan Allysha.

Pada waktu petang, kami dimaklumkan tentang proses latihan dan nesting, sebelum kami akan diuji untuk certification customer service. Latihan adalah selama 11 hari, dan nesting selama 10 hari. Latihan ialah masa di mana kita akan diajar tentang sistem klien, SOP syarikat dan banyak lagi, dan nesting ialah tempoh praktikal di mana kita perlu mengangkat panggilan dari pelanggan. Tentunya, kami akan dipantau oleh Trainer sepanjang tempoh nesting. Andaikata, ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, Trainer akan bantu. Hanya agent yang telah lulus certification sahaja yang dibenarkan untuk go live as a customer service. Yang gagal akan ada cubaan kedua, dan jika masih gagal lagi, mungkin akan diletakkan di training batch seterusnya.

Sepanjang tempoh 11 hari training, masa bekerja mengikut standard 9-6. Once dah mula nesting, kita akan ikut pula shift operation. Ada 3 shift di sini, iaitu morning shift, evening shift dan night shift. Setakat ini, kami baru didedahkan dengan sistem Grab, sistem untuk membuat laporan, dan sistem panggilan yang digunakan oleh syarikat. Banyak jugalah yang perlu dihadam, selain daripada skrip spiel yang perlu diingat. 

Buat masa sekarang, saya masih 50-50 sebenarnya. Kerana dalam batch saya kali ini, hampir semua orang mempunyai pengalaman customer service. Hanya saya, seketul lepasan ijazah biologi, yang tidak mempunyai pengalaman. Imposter syndrome memang ada, tetapi saya cuba jugalah untuk brainwash diri sendiri. What I can say for now ialah customer service memang bukan untuk semua orang. Manakan tidak, hari pertama training saja sudah kami didengarkan dengan recording yang agak abusive lah pada pandangan saya. 

Mujur saya mempunyai kebolehan untuk beradaptasi dengan persekitaran dengan cepat. Pada hari kedua training, saya sudah boleh mendengar recording yang ekstrim dengan tenang. Tak tahulah apa kesudahannya nanti, tetapi saya harap boleh bekerja dengan lama. Saya suka persekitaran di sini, selain dari kawan-kawan dan trainers yang sangat supportive. Agent juga ramai yang hensem, bolehlah buat cuci mata haha. Doakan yang baik-baik untuk saya!

Aqillah signing out~

Saturday, April 13, 2024

Pengalaman Temuduga Customer Service

Assalamualaikum semua! Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang membaca entri ni (kalau adalah haha). Entri kali ini, saya nak kongsi tentang pengalaman saya menghadiri temuduga fizikal untuk jawatan Customer Service Executive di sebuah syarikat BPO di Iskandar Puteri.

Ha, BPO tu apa pulak? Sejujurnya saya pun pertama kali tahu tentang BPO ketika membuat kajian kendiri, jadinya mungkin tak berapa tahu sangat. BPO ni singkatan untuk Business Process Outsourcing, iaitu sejenis kaedah subkontrak untuk menjalankan sesetengah operasi perniagaan bagi syarikat klien. Nak sembang istilah bisnes tak pandai sangat, tapi bahasa mudahnya ialah syarikat mengupah pihak ketiga (third-party vendors) untuk menjalankan operasi bisnes, yang selalunya melibatkan non-core dan administrative functions.

Antara operasi bisnes yang menggunakan BPO

Nak cerita tentang BPO ni, memang panjang lagilah entri ini nanti. Jadinya, tunggulah saya rajin ya untuk mengulas lebih lanjut dalam entri berasingan. Sambung kepada pengalaman temuduga, sejujurnya saya tak ingat pun pernah apply untuk jawatan tersebut di Indeed. Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari recruiter, memang gelabah jugaklah. Nasib baik soalan asas sahaja yang ditanya ketika ini. Recruiter tersebut brief tentang jawatan yang dipohon dan menghantar emel berserta dokumen yang perlu diisi sebelum menghadiri temuduga fizikal.

3 assessments yang perlu dijawab dalam tempoh 24 jam:

  1. English assessment (reading comprehension & grammar)
  2. Math assessment (basic Math)
  3. Typing test (minimum 25 words per second)
Kemudian, tarikh dan details temuduga diberikan menerusi WhatsApp saja. Nasib baik jugaklah adik saya masih ada di rumah ketika ini. Boleh jadi driver tak berbayar untuk hantarkan ke lokasi syarikat kerana agak jauh dari rumah (30 minit melalui lebuhraya). Masa sampai tu, sesat jugaklah 10 minit sebab bangunan kat situ berlonggok-longgok di satu kawasan. Tak terjumpa di manakah Medini 7 yang dicari. Solusi terakhir, tanya security guard. Rupanya bangunan sebelah je dari tempat drop-off haha. Cuba kalau tanya dari awal, boleh jimat 10 minit dah 😂

Okay dah sampai company dan dah masuk lobi menunggu. What's next? Staf HR memang dah tunggu calon di lobi, dan akan guide dari A - Z. Saya diminta untuk scan QR untuk isi form, kemudian staf akan semak di sistem dokumen yang kita dah hantar. Kalau tak cukup, dia akan minta dan tolong fotostatkan. Sekali lagi, saya diminta untuk buat typing test on the spot depan staf dan keputusan adalah muktamad. Tak susah pun sebab saya memang keyboard warrior haha. Minimum 25 wps tu celah gigi je dek.

Setakat bergaduh kat Twitter tu, easy peasy je (jangan contohi saya)

Next, kita kena tunggulah sementara HR compile dokumen kita dan panggil untuk temuduga. Bila dah dipanggil nanti, jangan lupalah basic manners ketika masuk ke bilik temuduga. Do your own research and preparation. Interview dilakukan secara individu dan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Saya ketika itu ditemuduga oleh 2 staf HR.

Antara soalan yang ditanya ketika interview:
  • Tell me about yourself.
  • What did you do during your internship?
  • Have you worked part-time before? 
  • What do you know about our company?
  • What do you know about customer service?
  • Why do you want to switch from science to customer service?
  • Tell us about a time you faced a difficult situation.
  • How comfortable are you with your language?
  • Are you applying for other jobs?
  • How long do you plan to work?
  • Any history of illnesses?
  • What are your strengths & weaknesses?
  • What do you seek in customer service?

Banyak lagi sebenarnya soalan yang ditanya tapi memang dah tak teringat sebab sesi itu agak lama. Habis saja sesi 1, saya diminta untuk tunggu lagi sekali di luar kerana katanya ada round 2. Ikutkan round 2 inilah yang memerlukan calon untuk membuat roleplay tetapi staf HR kata expectation mereka pada saya tak tinggi pun sebab kitanya kan fresh graduate haha. Pengalaman dalam customer service memang 0, der. Round kedua ini temuduga dengan team leader untuk jabatan saya nanti, dan basically soalan banyak berulang je dari sesi pertama. Rezeki saya, team leader tak ada minta roleplay pun. Kiranya, lepas macam tu jelah.

Kali ketiga saya diminta untuk masuk ke bilik ialah untuk sign offer letter. Ya, benar. Saya diterima on the spot. Rezeki Ramadhan agaknya. Walaupun basic cuma RM1.9k, tapi saya terimalah dengan hati terbuka. Anggaplah nak menimba pengalaman bekerja, selain daripada menambahbaik skil komunikasi yang tak berapa nak ada ni. Secara keseluruhan, masa diambil untuk temuduga fizikal ini plus minus dalam 3 ke 4 jam jugaklah sebenarnya. Seeloknya, alas perut dulu sebelum datang.

One of the turning point yang menyebabkan saya apply dan terima kerja ini walaupun kitonyo introvert abadi ialah kemudahan shuttle bus percuma yang disediakan oleh syarikat. Boleh kata selesailah masalah pengangkutan saya sekiranya syarikat ada sediakan bas. Ibu bapa saya juga berpuas hati kerana mudahlah urusan saya nak ke tempat kerja. Ayah saya cuma perlu menghantar saya ke pick-up point iaitu di AEON Taman Universiti, yang tidaklah terlalu jauh dari rumah. Sampai sekarang masih rasa ironi. Seorang lulusan ijazah biologi, yang juga merupakan seorang yang introvert, akhirnya memilih untuk bekerja dalam khidmat pelanggan. Ah, the reality of adulting.


InshaAllah saya akan mula bekerja pada 17hb April nanti, jadi doakan yang baik-baik untuk saya ya! Jumpa lagi dalam entri lain pula. Assalamualaikum ^^

Sunday, March 31, 2024

Persiapan Raya 2024

Assalamualaikum, salam 21 Ramadan! Tengok tajuk pun dah tau kot apa isi utama entri kali ini haha. Tak tahulah cuma saya seorang je ke yang rasakan Ramadan kali ini agak cepat, pejam celik dah nak masuk Syawal ooo. Keluarga saya memang jenis semua benda nak cepat, termasuklah persiapan raya kami. Kalau boleh, 2-3 bulan awal ya mama dah suruh cari baju raya. 

Tema raya: Kuasa untuk memilih warna tema raya ni terletak pada 3 orang dalam keluarga kami; mama, saya dan kakak saya. Senang cerita, memang perempuan yang decide. Lelaki ikut je diam-diam hahaha. Tahun lalu dan sebelumnya, saya yang memilih tema warna kerana saya sahaja yang selalu berada di rumah untuk meneman mama cari barang raya. Tahun ini, akak saya pulang dari Shah Alam for good dan kuasa veto sebagai anak sulung digunakan sebaik mungkin. Warna brick orange dipilih, katanya warna trending 2024. Memang kena cari awal sebab warna viral 😀

Baju raya: Baju melayu lelaki yang dibeli terlebih dahulu, kebetulan dapat cari yang mur-mur di Pesta Konvokesyen UTM. Baju raya perempuan beli di aplikasi oren/hitam putih saja. Di sinilah mula berlaku perbalahan kecil kerana warna baju yang sampai berlainan shade. Agak susah nak mencari warna yang ngam-ngam. Personally, saya rasakan brick orange lebih ke arah merah kerana mempunyai warm undertone tetapi baju melayu lelaki pula mempunyai yellow undertone. Memang warna-warni sikitlah gambar raya family nanti hahaha.

Kepelbagaian tone warna brick orange

Kuih raya/kerepek: Sejak harga kuih raya naik semacam dalam 5-6 tahun lepas, keluarga kami memang dah jarang beli kuih di luar. Kalau ada beli pun, mungkin cuma 2-3 balang sahaja. Keluarga kami lebih banyak membeli kerepek. Mama saya boleh dikatakan pernah pergi hampir ke semua lubuk kerepek di Johor. Pantang dengar kerepek murah je, esok terus ajak ayah saya gerak. Tahun ini, mama pergi berdua saja dengan adik ke Parit Raja untuk memborong kerepek. Dalam 2 plastik besar jugalah hasil tangkapan seharian di sana. Ada cubaan membuat kuih raya tapi kuihnya dah habis. Tak sempat sampai raya pun 😂 Nak buat lagi kena tunggu datang mood rajin hahahaha.

Duit raya: Tahun lepas, saya ada menyediakan duit raya untuk adik-beradik dan adik saudara yang rapat. Setelah melihat baki duit simpanan, nampaknya tahun ini saya tidak mampulah ya untuk menyediakan duit raya huhu. Mungkin untuk ibu bapa saja yang cukup. Maaf adik-adik, angah korang tengah kesempitan duit ni. Tunggulah lepas raya baru saya sambung job hunting.

Tetaplah borong sampul duit raya walaupun tak memberi duit raya

Beraya di mana? Memandangkan tahun lepas raya pertama di kampung ayah, tahun ini akan beraya di sebelah mama pulaklah. Tapi kena bersedia mental fizikal sikitlah, sebab Tangkak panas lit lit. Saya ada memberikan cadangan untuk membawa sendiri iron dan kipas kerana kemungkinan besar tahun ini akan full house. Dulu, beraya di kampung mama selalu sampai malam. Namun setelah ayah saya semakin tua, beliau semakin kurang rajin ingin menempuh kepanasan raya. Cukup rumah mana yang wajib, kemudian terus drive balik hahaha.

Barang raya lain-lain: Tudung untuk raya pertama dah beli, tapi untuk raya kedua dan seterusnya masih belum beli. Beg raya pun belum beli hahaha. Kasut alhamdulillah sempat beli masa masih berduit. Nak beli mekap baru sebenarnya tapi KIV dulu la sebab bukan keperluan pun hehe.

Dugaan sebelum raya: Belum kurus dan muka tiber naik tiny bumps. Memang tak slay ya nak beraya tiber ada texture aneh-aneh ni. Badan saya pula merah digigit serangga tidak dikenalpasti. Puas saya bersihkan bilik tapi kena lagi esoknya. Mana datang pun tak tahu. Mungkin sebab cuaca panas? Entahlah nok.

Rasanya itu sahajalah persiapan raya yang saya teringat untuk tulis. Persiapan raya 2024 korang macam mana pulak? 😁


Tuesday, March 12, 2024

Dilemma

 


Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan. Entri ini dibuat dengan mata yang sembap dan hidung yang berair kerana tuan badan baru je lepas menangis. Ceritanya, saya baru saja dikhabarkan berita gembira apabila permohonan kerja saya di NIH diterima. Tetapi, NIH terletak di Setia Alam which is obviously di luar Johor. Keluarga saya pula memang berkeras tidak membenarkan kami adik beradik untuk bekerja di negeri lain. Puas saya pujuk, tetapi keputusan ayah mama sudah muktamad. 

Istikharah sudah pun saya lakukan, dan jujurnya hati ini lebih cenderung untuk terima. Tapi siapalah saya nak melawan... Sudahnya, menangislah saya di luar rumah tadi. Apalah guna ada rezeki untuk bekerja di sana tapi tiada berkat mak bapak. Tak minta banyak punlah. Ya Allah, datangkanlah redha dalam hati ini untuk menerima sebab jujurnya berat rasanya. I'm still crying at this point.

Dilemma. Rasa macam ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Saturday, March 9, 2024

End of degree!

Assalamualaikum, everyone. Saya sebenarnya dah hampir dua bulan unofficially habis degree tapi nak jugak tunggu keputusan semester 7 untuk post entri ni hahaha. Padahal keputusan cuma lulus gagal tanpa pemarkahan, yang bermaksud tiada peluang dah nak ubah CGPA tu huhu. Today, 8 March 2024, officially marks the end of my degree years.

Rasa surreal, macam tak percaya. 3.5 tahun yang penuh dugaan atas bawah kiri kanan. Hari-hari mulut ni berzikir nak drop degree, menyesal ambil biologi, dan banyak lagilah keluhan harian. Complain punya complain, tiba-tiba dah habis degree! Itulah orang kata, belajar ni pejam celik je. Tak terasa pun dah tiga tahun setengah rupanya.

Tak banyak pun nak cakap, but I'm forever grateful for the opportunity. Walaupun ijazah yang diambil bukanlah pilihan pertama, tapi masih dapat juga diteruskan sampai ke garisan penamat. After Johor Bahru and Dengkil, Kuala Pilah definitely holds a special place in my heart. InsyaAllah, semoga berjumpa lagi di coretan kehidupan yang akan datang. Terima kasih, Kuala Pilah, untuk 3.5 tahun yang banyak pengajarannya.

Next, road to convocation pulak!


Tuesday, February 6, 2024

Selamat datang ke dunia realiti huhu

Assalamualaikum and selamat malam, thuk-khon! Saya sebenarnya baru sahaja selesai sesi temu duga dengan company B untuk position MLT. Nama je MLT tapi job scope dia macam bahagian admin/technical support gitu. Ikutkan macam nak consider tapi the company agak jauh (30 minit kalau tak jammed) dari rumah saya. Selain faktor saya belum ada transport sendiri, career progression pun macam agak stagnant. Gaji ditawarkan hanya RM 1.8k tapi saya takdelah picky sangat huhu. 

Beginilah dunia dewasa. Kadang kerja tu kita dah rasa sesuai dengan diri sendiri, tapi masih banyak lagi faktor lain yang perlu difikirkan supaya tak membazir masa kita dan orang keliling. Haih, tak apalah. Baru interview, entah dapat ke tak. Teruskan je la job hunting. Baru sebulan jadi penganggur kehormat 😂 Itu je la nak update sebenarnya. Rasa frust tapi boleh kawal lagi hehe.

Bye, bye! Jumpa lagi kalau rajin.

Monday, February 5, 2024

Life update is here!!

Assalamualaikum and hi, everyone! Fuh, lama tak update ye. Dah genap sebulan since my internship ended, and I am still jobless hahaha. Good thing is saya dah tak terlalu stress sangat pasal kerja ni sebab saya percaya this is all just part of the process yang fresh grads confirm akan lalui. So, hadap jela dulu hahahaha. I told my sister yang my job applications dah 80+, and she joked saying I should make it even with 100 applications lol 😭😭😭

Apa je yang saya buat sementara bergelar penanam anggur berjaya? Banyak je aktiviti, cuma bosan sikit sebab tak keluar berjalan sangat. Almaklumlah, kitonyo dah tak ada income. Tak apalah, life kinda good now. Sementara tunggu kerja lab, ada jugak mohon Mr. DIY dan sebagainya tapi tak ada respond do. Memang kena bagi resume walk-in ke macam mana? Sapa-sapa tahu, roger please. 

Itu je la kot update kehidupan setakat ini. Alhamdulillah, makin gemuk. 
Jumpa lagi next post! Bye, bye~

Sunday, January 14, 2024

Adulting crisis

Assalamualaikum. Just a short post to commemorate Muna's advice to me. To those yang tak tahu, aku baru habis internship 12 Januari yang lalu and sejujurnya, I've been panicking over what jobs to do since Oct 2023. Aku dah mass apply kerja, dah go to interviews, but still no replies. I guess, it kinda messed up my mind. Mula rasa iri hati tengok kawan yang dah dapat kerja, mula rasa bad feelings bila kawan dah ada achievement tinggi sikit dari aku. Been feeling like this sejak internship hunting pun sebenarnya tapi this time dia macam intensified. 
So aku bagitau Muna about this. One thing she said is this:


Terus rasa nak menangis huwaaaa. Betullah tu, aku rushing nak buat apa. Timeline aku dah kira laju ni ha habis degree umur 23. Apa lagi aku nak, kan? Slow slow ah. Was so thankful for her words, that I decided untuk letak sini. One day, if I ever feel macam hidup aku stagnant, I will go back to read this again.

Hidup ni is all based on pilihan. Kau yang buat keputusan nak stay kat tara tu je ke, atau slowly improve hidup kau with the little things in your life? Tak perlu pun nak compete dengan orang lain. It's just you versus you.

Super glad I could get this off my chest hahaha. Sampai sini je la ek, bye bye! 

Friday, January 12, 2024

Salam Positif 3.0

 


Assalamualaikum. Aight, at this point we all know the drill hahaha 😂. The symptoms, the disbelief and lastly, the positive test result. Tak tau dah nak kecek apa, just purely dissapointed dengan my immune system HAHAHA. The symptoms sumpah macam my usual allergic reaction so aku tak kisah sangat when it first happened (10/1), and then I woke up at 11/1 with a battered body. Rasa macam kene pijak berjemaah, my nose has been clogged since last night, my throat is super itchy and sore. Did the test and confirmed positive untuk kali ketiga.

Padahal, ada lagi 2 hari nak habis intern weh. Literally Friday is my last day and yet, here I am. Have to be quarantined for 5 days, and cancel plan nak lepak dengan Muna. Nasib baik duit hotel dia boleh refund. Kalau tak, hm serba salah aku weh. Woke up at 3.00 am tadi sebab cold sweats, and tak boleh tidur semula so here we are, another post of commemoration. 

To be honest, it wasn't that bad. Cumanya, aku rasa bosan. Time ni la craving nak makan junkfood, nak air manis, nak itu nak ini. Nasib baik mak pak aku layan lagi kalau setakat nak makan burger. Oh, nasib baik jugak aku still boleh rasa. Alhamdulillah 😭.

Okay la tu je kot, nak sambung buat poster intern. Bye!

Tuesday, January 2, 2024

2024 is Here!

Assalamualaikum semua~ Niat nak buat a very short new year wish sebab aku curi masa kerja ni nak bukak blog haha tapi setelah membaca kembali post new year 2023, buatkan aku terfikir sejenak. Rupanya, my 2022 kinda sucks. And I hate to admit that part of my 2023, sucks too. Mungkin kerana tekanan belajar, atau tekanan nak masuk dunia dewasa ni. It has been rough these past two years, but hey kitonyo kan user nana. Kebal makian di dunia land of dawn mahupun di dunia nyata. Sumpah takde kaitan kan HAHA.

Kalau tengok dari sisi lain, sebenarnya banyak je benda best tahun 2023. Lost a friend, gain few ones back. Finished my final year project despite rasa lost the whole time. Started my intern with monthly allowance while living at home and makan tidur percuma. My sister bought her first car and now we finally have our own transport to explore JB. Alhamdulillah setakat 3 bulan intern, dah boleh bagi duit belanja sikit kat mama, duit minyak kat akak, duit makan kat adik & Adam. Forever grateful with what I have now.

Papehal pun, hidup harus diteruskan. Untuk saya dan anda semua, semoga urusan kita dipermudahkan pada tahun ini. 

Selamat tahun baru!

all time popular!