Pages

Saturday, April 13, 2024

Pengalaman Temuduga Customer Service

Assalamualaikum semua! Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang membaca entri ni (kalau adalah haha). Entri kali ini, saya nak kongsi tentang pengalaman saya menghadiri temuduga fizikal untuk jawatan Customer Service Executive di sebuah syarikat BPO di Iskandar Puteri.

Ha, BPO tu apa pulak? Sejujurnya saya pun pertama kali tahu tentang BPO ketika membuat kajian kendiri, jadinya mungkin tak berapa tahu sangat. BPO ni singkatan untuk Business Process Outsourcing, iaitu sejenis kaedah subkontrak untuk menjalankan sesetengah operasi perniagaan bagi syarikat klien. Nak sembang istilah bisnes tak pandai sangat, tapi bahasa mudahnya ialah syarikat mengupah pihak ketiga (third-party vendors) untuk menjalankan operasi bisnes, yang selalunya melibatkan non-core dan administrative functions.

Antara operasi bisnes yang menggunakan BPO

Nak cerita tentang BPO ni, memang panjang lagilah entri ini nanti. Jadinya, tunggulah saya rajin ya untuk mengulas lebih lanjut dalam entri berasingan. Sambung kepada pengalaman temuduga, sejujurnya saya tak ingat pun pernah apply untuk jawatan tersebut di Indeed. Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari recruiter, memang gelabah jugaklah. Nasib baik soalan asas sahaja yang ditanya ketika ini. Recruiter tersebut brief tentang jawatan yang dipohon dan menghantar emel berserta dokumen yang perlu diisi sebelum menghadiri temuduga fizikal.

3 assessments yang perlu dijawab dalam tempoh 24 jam:

  1. English assessment (reading comprehension & grammar)
  2. Math assessment (basic Math)
  3. Typing test (minimum 25 words per second)
Kemudian, tarikh dan details temuduga diberikan menerusi WhatsApp saja. Nasib baik jugaklah adik saya masih ada di rumah ketika ini. Boleh jadi driver tak berbayar untuk hantarkan ke lokasi syarikat kerana agak jauh dari rumah (30 minit melalui lebuhraya). Masa sampai tu, sesat jugaklah 10 minit sebab bangunan kat situ berlonggok-longgok di satu kawasan. Tak terjumpa di manakah Medini 7 yang dicari. Solusi terakhir, tanya security guard. Rupanya bangunan sebelah je dari tempat drop-off haha. Cuba kalau tanya dari awal, boleh jimat 10 minit dah 😂

Okay dah sampai company dan dah masuk lobi menunggu. What's next? Staf HR memang dah tunggu calon di lobi, dan akan guide dari A - Z. Saya diminta untuk scan QR untuk isi form, kemudian staf akan semak di sistem dokumen yang kita dah hantar. Kalau tak cukup, dia akan minta dan tolong fotostatkan. Sekali lagi, saya diminta untuk buat typing test on the spot depan staf dan keputusan adalah muktamad. Tak susah pun sebab saya memang keyboard warrior haha. Minimum 25 wps tu celah gigi je dek.

Setakat bergaduh kat Twitter tu, easy peasy je (jangan contohi saya)

Next, kita kena tunggulah sementara HR compile dokumen kita dan panggil untuk temuduga. Bila dah dipanggil nanti, jangan lupalah basic manners ketika masuk ke bilik temuduga. Do your own research and preparation. Interview dilakukan secara individu dan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Saya ketika itu ditemuduga oleh 2 staf HR.

Antara soalan yang ditanya ketika interview:
  • Tell me about yourself.
  • What did you do during your internship?
  • Have you worked part-time before? 
  • What do you know about our company?
  • What do you know about customer service?
  • Why do you want to switch from science to customer service?
  • Tell us about a time you faced a difficult situation.
  • How comfortable are you with your language?
  • Are you applying for other jobs?
  • How long do you plan to work?
  • Any history of illnesses?
  • What are your strengths & weaknesses?
  • What do you seek in customer service?

Banyak lagi sebenarnya soalan yang ditanya tapi memang dah tak teringat sebab sesi itu agak lama. Habis saja sesi 1, saya diminta untuk tunggu lagi sekali di luar kerana katanya ada round 2. Ikutkan round 2 inilah yang memerlukan calon untuk membuat roleplay tetapi staf HR kata expectation mereka pada saya tak tinggi pun sebab kitanya kan fresh graduate haha. Pengalaman dalam customer service memang 0, der. Round kedua ini temuduga dengan team leader untuk jabatan saya nanti, dan basically soalan banyak berulang je dari sesi pertama. Rezeki saya, team leader tak ada minta roleplay pun. Kiranya, lepas macam tu jelah.

Kali ketiga saya diminta untuk masuk ke bilik ialah untuk sign offer letter. Ya, benar. Saya diterima on the spot. Rezeki Ramadhan agaknya. Walaupun basic cuma RM1.9k, tapi saya terimalah dengan hati terbuka. Anggaplah nak menimba pengalaman bekerja, selain daripada menambahbaik skil komunikasi yang tak berapa nak ada ni. Secara keseluruhan, masa diambil untuk temuduga fizikal ini plus minus dalam 3 ke 4 jam jugaklah sebenarnya. Seeloknya, alas perut dulu sebelum datang.

One of the turning point yang menyebabkan saya apply dan terima kerja ini walaupun kitonyo introvert abadi ialah kemudahan shuttle bus percuma yang disediakan oleh syarikat. Boleh kata selesailah masalah pengangkutan saya sekiranya syarikat ada sediakan bas. Ibu bapa saya juga berpuas hati kerana mudahlah urusan saya nak ke tempat kerja. Ayah saya cuma perlu menghantar saya ke pick-up point iaitu di AEON Taman Universiti, yang tidaklah terlalu jauh dari rumah. Sampai sekarang masih rasa ironi. Seorang lulusan ijazah biologi, yang juga merupakan seorang yang introvert, akhirnya memilih untuk bekerja dalam khidmat pelanggan. Ah, the reality of adulting.


InshaAllah saya akan mula bekerja pada 17hb April nanti, jadi doakan yang baik-baik untuk saya ya! Jumpa lagi dalam entri lain pula. Assalamualaikum ^^

2 comments:

  1. Alhamdulillah, penantian kini berakhir. Rezeki betul ye on the spot dapat tawaran kerja, mesti penulis ni terlalu perform!

    ReplyDelete

all time popular!