Pages

Saturday, April 2, 2022

UiTM Kuala Pilah (Part II)

Assalamualaikum, hai selamat pagi semua! Seperti yang pernah dijanjikan di post saya sebelum ni, saya akan update more about fasiliti dan kemudahan yang ada di UiTM Kuala Pilah. Kepada adik-adik yang mendapat tawaran di kampus Kuala Pilah ni, tahniah dan syabas diucapkan. Tak kisahlah course apa yang korang dapat, kami warga Pilah tetap mengalu-alukan anda semua. Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita tengok apa saja yang ada kat kampus KP ni.

Benda pertama kita akan jumpa of course la pintu gerbang UiTM kan. Masuk saja dari pintu utama tu, ada pondok Polis Bantuan. Kalau di Asasi Dengkil, sebelum keluar kita kene scan student card kat PB dulu kan? Ha, sekarang dah peringkat ijazah/diploma, so kita tak perlu report keluar masuk kita pada PB. Kalau ada kawan atau family yang nak melawat pun, boleh terus masuk je. Dari pintu gerbang tu, drive straight sampailah kita nampak Bangunan Pentadbiran. Dari Bangunan Pentadbiran, kita boleh terus direct access to Bangunan Akademik dan Dewan Kuliah. Sebelum terlupa, kita ada 2 ATM Bank Islam di kampus. Satu terletak bersebelahan dengan pejabat Polis Bantuan di Bangunan Pentadbiran, dan satu lagi terletak di tengah-tengah Anjung Sri Perpatih di kawasan kolej.

Dewan Kuliah sederhana saja keluasannya, masih belum boleh kalahkan DKD1 di UiTM Dengkil. Bangunan Akademik pula terbahagi kepada 2 bahagian; satu bahagian makmal, satu lagi adalah bahagian bilik kuliah, merangkap kelas. Untuk pelajar sains, jangan risau. Kat sini, semua jenis makmal disediakan dan lengkap serba serbi untuk kegunaan pelajar. Ada 6 aras tapi kemudahan lif disediakan. 

Makmal di Bangunan Akademik

Seperti UiTM lain, kita juga ada perpustakaan di sini, iaitu Perpustakaan Tunku Abdul Rahman atau PTAR la singkatan dia. Di Kampus Kuala Pilah, PTAR ada dua tingkat yang boleh diakses oleh pelajar. Ruang letak beg ada di luar PTAR, tapi unfortunately ruang berkenaan ialah ruang terbuka. Maknanya, segala kehilangan, kerosakan dan kerugian harta benda yang diletakkan di ruang itu adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri. Peraturan nak masuk PTAR sama saja rasanya macam UiTM lain, pastikan pakaian mengikut sahsiah rupa diri pelajar UiTM dan kasut bertutup. Hanya beg laptop saja yang dibenarkan dibawa masuk dalam PTAR. Wi-fi kat sini pun memang laju, senang nak kelas atau buat assignment. 

Selain PTAR, kita juga ada Unit Kesihatan (UK) di bahagian belakang Bangunan Akademik. Setakat April 2022, belum ada Pegawai Perubatan atau Doktor yang bertugas di UK. Hanya ada Medical Assistant (MA) dan beberapa staff sokongan. UK juga ada sediakan ambulans untuk keadaan kecemasan. Jika perlukan rawatan dari Doktor jugak, kebiasaannya staf UK akan hantar kita ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan lanjut. Dari pengalaman peribadi, KK di Kuala Pilah tak kenakan cas kepada pelajar UiTM kalau kita boleh tunjuk kad pelajar kita. Servis pun agak laju, mungkin sebab klinik di kawasan pekan tak ramai orang sangat.

Untuk pelajar yang ada kelas fizikal atau sesi makmal, jangan risau. Korang tak perlu pun berjalan kaki naik bukit untuk ke Anjung Sri Perpatih di kawasan kolej. Kat bangunan fakulti, ada kafe yang dibuka seawal 8-9 pagi untuk sarapan dan makan tengahari. Kafe tu juga berdekatan dengan Bilik Majlis Perwakilan Pelajar, jadi sekiranya pelajar ada masalah di fakulti, boleh la terus rujuk jawatankuasa MPP yang bertugas di bilik berkenaan. Okay habis dah mengenai bangunan di bawah. Sekarang kita gerak pula ke bahagian kolej dan Anjung.

Dari Bangunan Pentadbiran, ada laluan susur gajah yang berbumbung menuju ke bahagian kolej. Untuk pelajar baru, dukacitanya saya memaklumkan bahawa kampus kita terletak di kawasan ceruk pedalaman dan kawasan berbukit. Oleh itu, perjalanan dari bangunan Pentadbiran ke bangunan kolej boleh saya ibaratkan dengan perjalanan mendaki bukit. Mungkin harapan pihak atasan ialah dapat melahirkan pelajar yang cergas serta cerdas mindanya apabila ditempatkan di kawasan sebegini. Tapi ada hikmah juga sebenarnya. Kawasan keliling memang hutan hijau dan sangat dekat dengan alam semula jadi. Sambil mendaki naik tu, boleh tengok keliling cuci mata. InshaAllah perjalanan nanti rasa macam sekejap.

Model kawasan kolej dan Anjung 

Blok kolej kita terdiri daripada Sri Pilah 1, 2, 3 dan 4, serta Sri Menanti 1, 2, 3, 4, 5, dan 6. Setakat ni, blok pelajar lelaki ialah SP 1 dan 2 manakala sisa blok lain ialah blok kolej pelajar perempuan. Ada juga staf UiTM yang menetap di blok kolej ini dan mereka inilah yang dikenali sebagai Staf Residen Kolej (SRK). Mereka yang akan mengawal dan menjaga pelajar di sini, di bawah Unit Pengurusan Kolej (UPK). Jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas blok kolej dan Anjung ialah Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). Di tengah-tengah antara blok SP dan SM, terletaknya Pusat Islam (PI) dan Anjung Sri Perpatih. Di tingkat 2 Anjung, ada Dewan Sri Perpatih yang sering digunakan untuk majlis rasmi dan program kolej. 

Harga makanan di Anjung bergantung juga dengan menu yang kita pilih. Untuk sarapan, kedai roti canai dah mula dibuka bermula sesi Mac-Ogos 2022. Kalau nak berjimat, boleh makan nasi bujang dengan harga serendah RM3. Memang kenyang dan sedap. Kedai air ada satu sahaja tapi setakat ini, alhamdulillah cukup saja. Mesin gedegang ada kat Anjung dan SP1. Baru-baru ini, mesin air RO telah pun dibenarkan beroperasi semula atas gabungan usaha JPK dan MPP untuk kebajikan para pelajar di kolej.

Pemandangan dari tingkap bilik SM1-2131

Seterusnya ialah mesin basuh dan mesin pengering. Untuk menggunakan mesin basuh, kita kene tukar dulu RM3 (seringgit seringgit seringgit) ke bentuk token (macam syiling). Setiap cucian/pengeringan bernilai RM3. Mesin pengering pulak agak terhad bilangannya, cuma ada di sesetengah blok sahaja. Setiap blok jugak ada ruang ampaian ya, jadi tak ada isu nak berebut tempat sidai. Status mesin basuh dan pengering setakat April 2022:

SM 1 - mesin basuh
SM 2 - mesin basuh + mesin token
SM 3 - mesin basuh
SM 4 - mesin basuh + mesin token + mesin pengering
SM 5 - tiada
SM 6 - tiada
SP 1 - mesin basuh + mesin pengering + mesin token
SP 2 - 4 - tidak pasti

Okay jom cakap pasal rumah. Satu rumah ada berapa orang housemate? Boleh duduk dengan kawan ke? Sabar, kita jawab satu-satu. Untuk sesi Mac-Ogos 2022, satu rumah ditempatkan 6 orang housemates. Boleh duduk dengan kawan sekiranya datang mendaftar dan ambil kunci bersama dengan kawan anda. Rumah di kampus Kuala Pilah ni lebih kurang dengan di Dengkil, di mana satu rumah ada 3 bilik, 2 tandas dan 1 ruang mandi. Satu bilik akan didiami oleh 2 orang, jadinya total memang 6 orang/rumah. Kita juga ada ruang tamu untuk lepak lepak. Dalam setiap rumah, ada bilik khas untuk ampaian dan tempat letak kasut jugak. Lengkap serba serbi, dan kita cuma perlu bayar RM420/sem. Bless UiTM.

Sayangnya, di blok kolej ni tiada lif. Sekiranya anda ditempatkan di tingkat 5, saya ucapkan selamat maju jaya untuk anda. Oh, untuk makluman semua juga, pejabat UPK terletak di SM 1. Pejabat UPK ni merangkap pusat penerimaan parcel. Segala parcel beralamatkan UiTM Kuala Pilah, akan dihantar di sini. Tapi jangan ingat staf akan tolong kita asingkan barang kita. No, kat sini semua self-service. Kita kena masuk stor tu dan cari sendiri parcel kita dalam longgokan parcel lain. Sebagai senior yang bertanggungjawab, akak nasihatkan adik-adik sekalian ambillah parcel atau barangan anda secepat mungkin. Ini bukan gurauan atau momok semata-mata ya. Akak pernah bersila dalam stor tu sebab nak cari parcel yang lambat amik 3 hari saja. Berpeluh juga walaupun ada aircond kat situ huhu.

Oh, lupa nak cerita pasal fasiliti sukan. Kita ada badminton court, volleyball court, futsal court dan juga padang besar untuk anda bermain frisbee. Tepi tepi padang tu ada lah equipment basic yang kita selalu nampak kat public park. Biasanya lampu di court buka sampai 11.00 malam tapi ada saja pelajar yang lepak kat situ gelap-gelap. (Amaran: Jangan berdua-duaan lelaki perempuan pulak kat situ, ingat ada yang ketiga). Kawan ada bagitahu yang basikal dan piring frisbee boleh ambil dari Unit Sukan tapi tak pernah jumpa pula bilik Unit Sukan tu kat mana hmz.

Pengangkutan dari UiTM ke pekan, buat masa sekarang, memang 100% bergantung kepada perkhidmatan teksi. Kalau ada kenderaan sendiri, lagi berguna sebenarnya sebab mudah nak bergerak. Just a PSA, jarak kampus kita nak ke pekan sangat jauh ya, dalam 7 km jugak. Itu baru nak keluar dari kawasan hutan tau, belum sampai ke pekan yang dah lengkap serba serbi dengan kedai. For now, pihak MPP masih dalam proses nak perjuangkan bas gopi dan van UiTM untuk pengangkutan pelajar. Senarai nombor pemandu teksi dan tambang terbaru telah ditampal di papan kenyataan setiap blok kediaman, boleh rujuk di situ. Grab? Tiada. Foodpanda dan delivery makanan (McD, KFC, PizzaHut) alhamdulillah dah boleh masuk kampus.

Internet? Saya pakai telco UMobile dengan Celcom okay saja rasanya. Tapi UMobile memang takde line kalau hujan, and Celcom biasanya pukul 12-2 pagi gitu akan terus E. Majority of the time, saya rely on Wi-fi UiTM sahaja. 

Lobi Bangunan Pentadbiran


Green Cafe ni dah tak beroperasi sejak 2016 lagi hm


Pemandangan dari Anjung


Blok Pentadbiran dari tingkat 4 Blok Akademik

Sampai sini sajala entri kali ini. Do reach me out kalau ada soalan pasal UiTM Kuala Pilah ni lagi! See you guys in the next entry.

Qillah signing out, 

Assalamualaikum.





1 comment:

all time popular!