Assalamualaikum dan salam Jumaat semua!
Hari ini saya berpeluang (read: terpaksa) bangun awal sedikit daripada hari biasa sebab ada urusan mendesak di sekolah. Curilah masa sikit untuk tulis entri ini sebagai kenangan.
Pada 20 dan 24 Jun 2026, saya diberi kepercayaan menjadi guru pengiring pasukan bola baling sekolah untuk perlawanan friendly dan MSSD Daerah Kulai. Walaupun 20 Jun tu hari perkahwinan sepupu saya, saya memilih untuk utamakan urusan kerja sebab nak membiasakan diri dengan jalan ke Kulai sebelum tournament sebenar pada 24 Jun. Perjalanan pergi alhamdulillah tak ada masalah besar. Cuma yelah, pergi Kulai Darul Roundabout memang kena jiwa kental. Kena hon sokmo, tapi saya tak melatah. Sedar diri masih baru belajar nak hadap roundabout.
Malangnya, perjalanan pulang kurang bernasib baik. Tayar hadapan sebelah kiri pecah sebab saya terlanggar divider. Baru keluar susur, terus rasa kereta senget sebelah. Dengan bawa atlet dalam kereta, memang terus gelabah la ceritanya. Mak ayah pula tak ada di JB sebab pergi majlis kahwin sepupu saya, Sofya di Kluang. Nasib baik ada guru pengiring lelaki yang sanggup mengharungi jem semata-mata nak selamatkan saya dan Exora saya.
Ayat daripada Cikgu Aqmal yang saya paling ingat hari tu, "Takpe, Qillah. Pengalaman hidup."
Saya memang dah crashout depan budak masa tu. Keluar la jiwa Gen Z sikit sambil buat muka stress. 😂 Sempat saya pesan dekat mereka, "Nanti dah besar, bila awak dah bawa kereta, jangan pandai bawa je. Belajar juga apa nak buat bila jadi benda macam ni. Jangan jadi macam saya."
Masa nak keluar kereta untuk check keadaan tayar, dikejar pula dengan anjing! Bukan seekor ya, sampai 2 ekor follow saya!!! Tak pasal-pasal budak-budak menjerit, "Cikguuu! Ada anjing!!" Drama TV3 apakah ini? T_T
Lepas tukar tayar spare, terus singgah stesen minyak untuk isi angin tayar spare pula. Sebelum ni, elok je isi angin sendiri. Tapi agaknya hari tu agak stress. Jadi biul depan pam angin tu. 2-3 kali check angin macam tak masuk. Nasib baik ada abang BHP yang tolong isikan angin. Hanya mampu terduduk tepi sambil tahan air mata weh. Rasa sebak sangat haha. Nasib baiklah posting dekat dengan rumah. Tak ada mak ayah boleh tolong pun, orang kat sini boleh tolong. Kita pun dah kenal dengan staf BHP tu. 6 tahun dah dia kerja situ. Memang baik. Aih, sebak lagi masa type ni. Pulang ke rumah dalam keadaan lapar tapi agak trauma untuk drive. Order jelah masa tu.
Esoknya Mama terus belikan tayar baru. Terima kasih, Ma. Kita dah tahap akaun bank tinggal maruah je sekarang ni HAHAHA.
Hari Rabu pula perjalanan bermula seawal 6.30 pagi. Rezeki hari tu kurang menyebelahi apabila hujan turun dengan sangat lebat. Kilat berdentum-dentum. Visibility memang teruk. Sampai sekolah, nak reverse parking kereta tapi tak nampak ada batang pokok yang ditebang. Gedebush. Berdesing kepala saya dengar bunyi dentuman tu.
Ya, kereta saya selamat bercium dengan batang pokok tu. Memang GGWP. Nasib baik yang affected cuma bahagian bawah belakang kereta. Klip bumper patah dan bumper jadi rongak sikit. Dengan keadaan kereta macam tu, tetaplah bawa budak pergi tournament. Tawakal lillahi taala.
Kali ni saya bawa jauh lebih perlahan. Belajar daripada pengalaman hari Sabtu. Alhamdulillah sampai juga ke destinasi walaupun sangkut hampir setengah jam dekat Pulai Darul Jem. Sampai sana, saya paksa diri sendiri untuk tak fikir sangat pasal kereta. Fokus dekat game sahaja. Banyak benda baru saya belajar pasal bola baling dan sistem tournament.
Kami bawa dua pasukan; Team A terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5, manakala Team B murid Tahun 6 sahaja. Team B memang dah solid sebab dah lama training. Team A pula masih banyak ruang untuk dipolish. Selesai round grouping, setiap sekolah kena cabut undi pula untuk tentukan lawan seterusnya. Sebagai cikgu baru, entah macam mana saya pula yang disuruh cabut. Rupa-rupanya tangan saya agak "bertuah".
"Okay, lepas ni aku bawak kau tournament lain pula, Qillah. Tangan ong."
Saya pula hanya mampu tersengih dalam ketidakfahaman. Kenapa ong? Kenapa cabutan saya dikira bagus? Apa benda pusingan 16? Kenapa semua orang nampak gembira sangat? Saya pun pergilah tanya urusetia. Berdekah urusetia tu gelak tengok muka aku blur-blur depan board tu HAHAHA.
"Mal, ambik budak kau ni, Mal. Ajar dia sikit."
Cikgu Aqmal pula melayan, "Qillah, sini Qillah. Aduh kau ni, malu aku."
HAHAHAHAAHAHAHAHAHAHA.
Untuk pengetahuan semua, Cikgu Aqmal ialah salah seorang pengadil untuk tournament tersebut. Ada sijil jurulatih dan sijil pengadil. Memang orang hebat ah ni. Kita pula ikan bilis saja. Ampun cikgu XD
Team A kandas awal di grouping round. Alhamdulillah, team B memang padu. Kami berjaya sampai ke separuh akhir. At this stage, memang medal dah dalam tangan. Akhirnya rezeki kami dapat tempat ketiga. Gangsa pun gangsa lah. First medal sebagai guru pengiring. Alhamdulillah.
Saya diberi peluang masuk court sebagai coach, tapi saya tak ada bagi coaching pun. Jadi cameraman je. Seronok tengok budak-budak main. Banyak jugalah video yang boleh dijadikan modal buat JJ nanti.
Sekitar pukul 6.30 petang, baru tournament selesai. Tapi belum boleh balik lagi. Budak-budak kena mandi, solat, lepas tu baru makan. Padahal cikgunya dah bacin dari pagi. Dalam pukul 7.40 malam kami bergerak ke Marrybrown i-Park Kulai. Alhamdulillah semuanya ditaja menggunakan duit kelab. 7-8 orang cikgu, dua puluh lapan orang murid, hampir RM800 juga habis. Alhamdulillah dapat duit minyak jugak hehe.
Tengah makan tu, lebih kurang pukul 8.30 malam Mama call.
"Kat mana?"
Habis kena gelak dengan Kak Farah dan Kak Bed. Kitanya masih ada curfew. 🤣
Lepas makan, bermulalah misi terakhir iaitu menghantar budak balik rumah. Sejujurnya saya memang kurang gemar memandu waktu malam sebab silau saya agak tinggi. Kalau kena high beam, memang rasa nak menyumpah. Alhamdulillah selesai hantar semua murid sekitar pukul 10 malam. Walaupun sempat juga sesat. Dua kali buat U-turn sebab cikgunya tak tahu jalan Pulai Indah. Maaflah ya. Kita orang Pulai Perdana.
Syukur juga cikgu-cikgu lain memahami rumah saya paling jauh, jadi saya cuma perlu menghantar dua orang murid sahaja dan rumah mereka pun tak terlalu ke dalam. Perjalanan balik alhamdulillah selamat tanpa sebarang drama tambahan. Esoknya saya terus bawa kereta ke bengkel. Pomen cuma boleh ketatkan semula skru dan tolak bumper masuk sikit sebab klip dah patah. Kalau nak cantik semula, mungkin kena tukar satu bumper terus. Takpelah. Tunggu ada modal nanti.
Begitulah kisah pertama saya sebagai guru pengiring. Agak getir, agak suwey, dan agak mahal juga. Tapi bila fikir balik, mungkin semua ni jadi sebab saya masih nervous dan kurang pengalaman memandu jauh sambil membawa tanggungjawab yang besar. Insya-Allah, lepas ni saya akan lebih berhati-hati, lebih tenang dan kurang gelabah.
Sekarang dah masuk musim sibuk untuk cikgu-cikgu se-Malaysia. Saya pun dah nak mula training choral speaking dan terlibat dengan saringan kedua hakim untuk poetry recitation peringkat negeri. Tak cukup nafas ni tapi we take it as a learning opportunity.
Itu je kot dari saya, jumpa lagi nanti bila rajin! Bye~