Pages

Sunday, April 21, 2024

How's life so far @ Startek

Assalamualaikum, salam Ahad untuk semua. Sebenarnya, agak ragu-ragu juga untuk post entri kali ini sebab baru seminggu jagung di Startek. Setelah fikir punya fikir, akhirnya decide untuk post jugak sebagai kenangan sendiri. Seperti yang anda tahu, saya telah diterima sebagai Customer Service Executive di Startek Sdn Bhd. Entri tentang pengalaman temuduga beserta soalan temuduga boleh dibaca di sini. Mana yang dah biasa kerja call centre, mungkin lebih familiar dengan nama lama Startek iaitu Aegis BPO Sdn Bhd. 

Hari pertama saya melaporkan diri, kebetulan juga terdapat sambutan Hari Raya Aidilfitri. Oh ya, Startek Johor berpangkalan di bangunan Medini 7, Iskandar Puteri. Agak jauh dari rumah tapi okay je sebab saya menggunakan khidmat shuttle bus syarikat. Macam biasalah, hari pertama ini tak terlalu sibuk. Sekadar urusan penyerahan dokumen dan proses induksi bersama HR. Untuk hari pertama bekerja, HR memang akan sediakan lunch pack untuk kita dan waktu lunch yang agak lama iaitu 1.oo pm - 3.00 pm. Untuk hari pertama jelah dapat rasa priviledge macam ini 😂

Kafe atau pantri untuk Startek agak besar dan diletakkan sebelah bilik loker. Ada vendor yang akan menjual lauk-pauk untuk makan tengah hari dan tentunya harganya sedikit mahal. Ada vending machine, microwave, sinki, mesin air dan Coway untuk kegunaan pekerja. Secara kasar, memang kafe Startek ini selesa walaupun terasa sedikit sesak ketika peak hour. Ketika sambutan hari raya juga, terdapat photobooth yang menyediakan cetakan 3-grid photostrip secara percuma tanpa had kepada pekerja Startek. Memang beraturlah nak ambil gambar masa tu! Saya juga tidak terlepas peluang untuk mengambil sekeping gambar bersama kawan baru ketika itu iaitu Anis, Syaqira dan Allysha.

Pada waktu petang, kami dimaklumkan tentang proses latihan dan nesting, sebelum kami akan diuji untuk certification customer service. Latihan adalah selama 11 hari, dan nesting selama 10 hari. Latihan ialah masa di mana kita akan diajar tentang sistem klien, SOP syarikat dan banyak lagi, dan nesting ialah tempoh praktikal di mana kita perlu mengangkat panggilan dari pelanggan. Tentunya, kami akan dipantau oleh Trainer sepanjang tempoh nesting. Andaikata, ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, Trainer akan bantu. Hanya agent yang telah lulus certification sahaja yang dibenarkan untuk go live as a customer service. Yang gagal akan ada cubaan kedua, dan jika masih gagal lagi, mungkin akan diletakkan di training batch seterusnya.

Sepanjang tempoh 11 hari training, masa bekerja mengikut standard 9-6. Once dah mula nesting, kita akan ikut pula shift operation. Ada 3 shift di sini, iaitu morning shift, evening shift dan night shift. Setakat ini, kami baru didedahkan dengan sistem Grab, sistem untuk membuat laporan, dan sistem panggilan yang digunakan oleh syarikat. Banyak jugalah yang perlu dihadam, selain daripada skrip spiel yang perlu diingat. 

Buat masa sekarang, saya masih 50-50 sebenarnya. Kerana dalam batch saya kali ini, hampir semua orang mempunyai pengalaman customer service. Hanya saya, seketul lepasan ijazah biologi, yang tidak mempunyai pengalaman. Imposter syndrome memang ada, tetapi saya cuba jugalah untuk brainwash diri sendiri. What I can say for now ialah customer service memang bukan untuk semua orang. Manakan tidak, hari pertama training saja sudah kami didengarkan dengan recording yang agak abusive lah pada pandangan saya. 

Mujur saya mempunyai kebolehan untuk beradaptasi dengan persekitaran dengan cepat. Pada hari kedua training, saya sudah boleh mendengar recording yang ekstrim dengan tenang. Tak tahulah apa kesudahannya nanti, tetapi saya harap boleh bekerja dengan lama. Saya suka persekitaran di sini, selain dari kawan-kawan dan trainers yang sangat supportive. Agent juga ramai yang hensem, bolehlah buat cuci mata haha. Doakan yang baik-baik untuk saya!

Aqillah signing out~

2 comments:

all time popular!