Pages

Tuesday, March 12, 2024

Dilemma

 


Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan. Entri ini dibuat dengan mata yang sembap dan hidung yang berair kerana tuan badan baru je lepas menangis. Ceritanya, saya baru saja dikhabarkan berita gembira apabila permohonan kerja saya di NIH diterima. Tetapi, NIH terletak di Setia Alam which is obviously di luar Johor. Keluarga saya pula memang berkeras tidak membenarkan kami adik beradik untuk bekerja di negeri lain. Puas saya pujuk, tetapi keputusan ayah mama sudah muktamad. 

Istikharah sudah pun saya lakukan, dan jujurnya hati ini lebih cenderung untuk terima. Tapi siapalah saya nak melawan... Sudahnya, menangislah saya di luar rumah tadi. Apalah guna ada rezeki untuk bekerja di sana tapi tiada berkat mak bapak. Tak minta banyak punlah. Ya Allah, datangkanlah redha dalam hati ini untuk menerima sebab jujurnya berat rasanya. I'm still crying at this point.

Dilemma. Rasa macam ditelan mati emak, diluah mati bapak.

2 comments:

  1. Tahniah kerana ditawarkan pekerjaan namun saya turut bersimpati atas keputusan ibu bapa. Saya doakan agar awak akan memperoleh rezeki yang lebih luas berkat daripada ketaatan pada ibu apa, amiin.

    ReplyDelete

all time popular!