Pages

Monday, May 13, 2024

Officially going live!

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Maaflah kerana agak lama menghilang dari blog mahupun di media sosial yang lain. Mesej dari rakan-rakan banyak dibiarkan tidak berbalas kerana saya lebih banyak menghabiskan masa rehat atau cuti dengan tidur. Entah apalah yang penat sangat, walhal kerja setakat duduk depan PC 8 jam sambil melayan kerenah pelanggan. Mulut yang bergerak tapi badan pulak yang penat tak terkata. 
Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja habis tempoh nesting dan telah pun diuji untuk certification sebagai seorang agen khidmat pelanggan. Mujur, saya dan rakan-rakan majoritinya lulus. Syaqira, kawan baru saya, sangkut di certification level kedua tapi beliau tidak patah semangat. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk beliau. Hari ini juga menandakan hari pertama saya live sebagai seorang agen, dan bukan lagi di bawah latihan.

Jujur saya katakan, masih 50-50 sebenarnya. Kerjaya sebagai customer service ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, selain menghadap kerenah orang, kita juga akan diuji dengan sistem dan jaringan internet yang tidak stabil. Tadi saya baru sahaja ditembak oleh pemandu, "Gr@b ni pakai line seringgit ke?" berikutan kerana isu panggilan yang terputus dan tidak dapat dengar. Nak ketawa tapi pelanggan tengah marah. Terpaksalah tahan ketawa sampai panggilan habis.

Nak kata saya sudah beradaptasi dengan sempurna, tidak juga. Minggu lepas saya pernah menangis kerana ditembak mengenai insurans kereta. Saya dahlah tidak memandu, tak pernah pulak tu nak ambil tahu tentang insurans. Tiba-tiba ditanya dan ditekan dari segenap sudut mengenai insurans, memang tension sampai terkeluar air mata tanpa sedar. Nak pulak, hari berkenaan merupakan hari certification. Bertambah lagi tekanan psikologi di situ. Pun begitu, panggilan tetap harus diangkat walaupun suara dah serak hahaha.

Walaupun dalam keadaan serba serbi tidak pasti dengan kerjaya sekarang, saya memilih untuk follow the flow. Akan ada satu titik saya sendiri akan resign tapi rasanya bukan sekarang. Persekitaran kerja, kemudahan, dan rakan kerja sangat mempengaruhi keputusan saya untuk teruskan bekerja walaupun hakikatnya saya dah mentally drained. Penat ya nak bercakap 8 jam tanpa henti, apatahlagi sebagai seorang introvert. Setiap malam mengangkat panggilan lelaki yang berbeza, kadang okay kadang dimaki tujuh keturunan kita. 

Saya memang salute pada agen khidmat pelanggan yang mampu bertahan bertahun lamanya. Kesabaran mereka memang bukan tahap biasa dah. Apa-apa pun, tahniah kepada batch 56 yang majoriti telah lulus. Daripada 14 pelajar, kepada akhirnya cuma 7 yang berjaya go live, dan seorang yang sedang mengambil kelas refresher. Dah macam survival show dah bekerja di sini haha. 

Ini je kot, jumpa lagi kalau saya larat nak update. Assalamualaikum!


2 comments:

  1. Tahniah kerana sudah berkerjaya! teruskan bercerita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru je tulis surat resign haha doakan yang baik-baik pls! thankyou singgah :D

      Delete

all time popular!