Pages

Sunday, June 8, 2025

Kekalutan Aidiladha: Praktikum, Temuduga SPP dan BIG


Assalamualaikum semuaaa! Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga semangat pengorbanan yang kita raikan ini benar-benar membekas dalam jiw dan zahir kita. Sejujurnya, sambutan Aidiladha saya tahun ini tak jauh beza dengan tahun-tahun sebelumnya. Keluarga kami sebenarnya jarang terlibat secara langsung dengan urusan daging korban. Kami lebih selesa duduk di rumah (atau kampung) dan menyambut tetamu (baca: tidur bergelimpangan di ruang tamu sambil tunggu bahagian daging korban sampai).

Namun, raya kali ini saya membawa "barang tambahan" ke kampung: laptop dan printer. Bukan untuk kerja saya semata-mata, tapi juga untuk membantu adik lelaki saya, si Adam yang suka bertangguh kerja sekolah walaupun sudah seminggu cuti. Mulut saya dah berbuih membebel, tapi biasalah... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Akibatnya, berbaki lagi sehari dua untuk balik ke MRSM dan kerja rumah Adam masih belum siap. Memang memintak la, dik.

Saya sebagai satu-satunya akak yang pulang ke kampung yang bertanggungjawab menemani malam-malam terakhir Adam memulun kerjanya. Dia yang tak siap, angah dia yang kena stay up temankan (read: supervise)... Bertuah punya adik.

Bukan Sekadar Aidiladha...
Aidiladha kali ini terasa sungguh menyesakkan kerana ada tiga perkara penting yang perlu saya persiapkan mental dan fizikal. 

Praktikum
Temuduga SPP
Kem Bina Insan Guru (BIG)

Sebagai seorang INTJ (ya, saya percaya MBTI), saya jenis yang suka merancang awal dan pastikan semua tersusun sebelum sesuatu bermula. Saya telah siapkan templat BBM, susun pembahagi fail portfolio, dan kumpul maklumat awal tentang sekolah. Tapi seperti biasa, kita hanya mampu merancang. Saya masih perlu menunggu taklimat rasmi praktikum supaya lebih jelas dengan kehendak dan keperluan kursus praktikum ini.

Temuduga SPP: Tekanan Yang Tidak Dijemput


Belum reda serabut praktikum, saya pula menerima panggilan temuduga SPP, dan tarikhnya jatuh pada 26 Jun iaitu hari lahir mama saya. Harapnya hari yang penting ini tidak berubah menjadi tragedi la ya huhu. Sebagai bakal guru (aminkan sekarang!), temuduga SPP adalah satu titik penting dalam hidup saya. Panel bukan calang-calang, soalan pun bukan biasa-biasa. Bahagian pengetahuan am sahaja dah cukup untuk buat saya petak di situ juga.

Yang paling saya risaukan ialah temuduga ini jatuh hanya seminggu selepas praktikum bermula. Maksudnya, saya kena bahagikan masa antara mengurus realiti bilik darjah dan persiapan temuduga yang tidak mudah. Bagi INTJ seperti saya, masa adalah aset; dan bila saya sendiri sudah mula hilang kawalan terhadap masa, saya mula goyah secara mental. 

Inilah yang saya rasakan beberapa hari sebelum Aidiladha. Saya duduk depan laptop, tenung skrin... dan otak crash haha. aqillah.exe has stopped working. Nak mula dari mana pun saya tak tahu. Terpaksa reset my whole mindset dan susun semula to-do list ikut kepentingan.


BIG: Dah tua pun ada perkhemahan lagi?
Siapa suruh nak jadi cikgu? Kan dah kena sertai perkhemahan walaupun dah bertahun tinggalkan alam persekolahan. BIG atau Bina Insan Guru, adalah perkhemahan kokurikum selama 4 hari 3 malam. Dan ya, ia mempengaruhi keputusan akhir Semester 3 akan datang. Nak grad dengan Pangkat Cemerlang? Praktikum dan kokurikulum mesti dua-dua dapat gred minimum A. Kalau satu tersasar, hatta 0.01 sekali pun, selamat tinggal 3.75 dan ke atas.


Masalahnya, persiapan untuk BIG masih samar-samar. Ahli MT (pelajar juga) masih belum tentukan pembahagian tugas dan penetapan baju batch. Dahlah kami ni Siri 1, boleh kata perasmi BIG la sebenarnya, tetapi masih tak nampak hala tuju ke mana. Geram? Sangat😴. Dengan kesibukan persiapan praktikum dan temuduga, saya mula rasa tenaga saya terbahagi. Masalahnya, saya ni cumalah seketul Aqillah. Bukan Boboiboy yang boleh pecah tiga, jauh sekali Ejen Ali yang ada IRIS untuk masuk Override Mode. Penatlah jugak sebenarnya.

Sebagai seorang yang agak obses dengan "control", Aidiladha kali ini memang terasa agak berat. Bila minda dah terlalu sarat dengan pelbagai kepentingan, seketika terasa hilang kawalan dengan perjalanan hidup sendiri. Tapi jangan risau. This, too, shall pass. Tak tahu macam mana, tapi saya percaya saya boleh get through this phase. Cuma kena banyak sabar sikit la kot haha.

Untuk pembaca (padahal sorang je yang rajin baca) yang mungkin juga sedang serabut dengan kehidupan ini; saya faham. Kita sama-sama letih. Tapi percayalah, fasa ini tak akan sia-sia. Satu hari nanti, kita akan bangga bila ingat kita pernah survive semua ini. Bukan hari ini la tapi hahahahaha :')

Selamat Hari Raya Aidiladha sekali lagi.

Bye jumpa lagi kalau rajin!

Sunday, May 4, 2025

Reaching the end

Assalamualaikum dan hai semua~

Saya sebenarnya telah pulang ke Johor Bahru sempena cuti study week yang agak lama–tiga minggu do! Sedang saya menyusun jadual ulang kaji, terdetik pula di hati saya: "Eh... aku dah nak habis IPG rupanya." Semester 2 ni tinggal sisa-sisa ujian akhir je. Lepas tu, cuti semester dua minggu (buat syarat je kot), dan terus masuk Semester 3; fasa praktikum dan Bina Insan Guru (BIG). Tak sangka... rasa macam baru semalam daftar IPG, sekarang dah kira hari nak keluar.

Masih ingat lagi hari pertama menjejak kaki ke IPG. Masa tu, saya ingat jadi cikgu ni senang je. Masuk kelas, ajar, balik. Hah, silap besar. Realiti guru sekarang kena ada stamina atlet, suara macam announcer (sebab murid akan tanya soalan sama berulang kali) dan semestinya hati yang tidak mudah koyak. Tugasan di IPG juga tidak sama macam di UiTM dulu. Terpaksa berjuang awal semester untuk rancang dan selesaikan tugasan, kalau tak mahu kecundang di pertengahan semester. 


Tidur pukul 3 pagi, bangun 5 pagi, repeat. Kadang-kadang berjaga terus sampai Subuh. Kopi 3 in 1? Wonda? Zus Coffee? Kenangan Coffee? Kopi Saigon? Nescafe ais abang kafe? Semua jenis kopi saya dah cuba, dan sampai satu tahap, memang minum kopi dah tak jalan. Rasa nak give up tu ada, tapi bila fikir dah sampai tahap ni, rasa sayang pula nak patah balik. Tambahan pula... ehem, terbayang juga gaji cikgu baru dalam SSPA nanti 😼

Semester ini juga saya berada di sekolah selama dua minggu untuk PBS atau Pengalaman Berasaskan Sekolah. Memang terasa macam pelakon utama drama TV3 slot 7 malam – pagi bersemangat, tengah hari dah lembik. Jalan kaki 15 minit ke sekolah setiap pagi memang boleh kira senaman wajib. Kalau ada kokurikulum pula, balik pukul 4.30 petang. Fizikal penat, mental pun letih. Tapi dua minggu itulah yang betul-betul ajar saya tentang realiti di sekolah.  Kawal kelas, senyum walaupun tengah penat, dan... berkenan pulak dengan seorang ustaz yang sampai sekarang saya tak tahu macam mana nak make a move. Tak reti la nak mengorat ustaz ni haha.

Syukur juga rakan sekelas cuma 11 orang gadis. Tenang. Aman. Kurang drama (yeke? ytjt la ek haha). Pensyarah pun banyak membuka mata saya tentang erti sebenar menjadi guru. Frasa yang sering disebut-sebut oleh pensyarah: nyala rasa seorang guru. Nak jadi cikgu, bukan sekadar masuk kelas untuk mengajar tapi kita nak mendidik. Sebab tu seorang guru kena ada jiwa pendidik. Dan jiwa tu... perlukan nescafe ais, tidur cukup dan support system yang padu.

Perasaan saya sekarang? Campur-campur. Gembira, takut, sayu. Tapi yang paling kuat, rasa syukur. Ramai yang mahukan tempat saya sekarang. Ada yang dah gagal dalam pengambilan lalu tapi masih sanggup cuba lagi. Sanggup berhabis ratusan ringgit untuk ambil ujian APTIS semula. Sedangkan saya di sini… walaupun ni bukan laluan yang saya pilih sendiri. Tapi mungkin betul kata orang: Pilihan mak ayah tu selalunya jalan yang paling berkat.

Doakan saya dan semua rakan seangkatan berjaya menamatkan perjalanan ini dengan penuh makna. Dan kalau boleh... doakan juga kami dapat posting di negeri pilihan masing-masing, ya? Terima kasih IPG, untuk segalanya. Ilmu, kenangan dan air mata... dan paling tak dilupakan, kertas A4 yang entah berapa rim dah habis dalam dua semester ini haha.

Okay sekian luahan perasaan di malam hari! Jumpa lagi kalau rajin~

Sunday, March 30, 2025

What an eventful month!

Assalamualaikum dan salam 29 Ramadhan! 

Ramadhan kali ini terasa begitu berbeza, penuh dengan peristiwa yang menambah warna dalam my life lore. Bukan sekadar bulan ibadah dan refleksi diri, tetapi ada banyak pengalaman baru yang membuat bulan ini lebih berliku-liku daripada sebelumnya.

Tahun ini saya berpeluang berpuasa di rumah sewa buat pertama kali, dan itu sendiri sudah cukup mencabar. Sepanjang bulan ini, saya mencuba memasak berdasarkan resipi TikTok—kadang menjadi, kadang masin, kadang tawar, tapi yang penting effort itu ada haha. Bila memasak tak menjadi, pilihan seterusnya sudah tentulah ke bazar. Biasanya saya bukan seorang yang adventurous bila bab makanan. Kalau pergi bazar seorang diri, confirm ulang pergi tempat yang sama. Tapi nasib baik housemates saya kebanyakannya adalah foodie, jadi saya pun terheret ke beberapa bazar di sekitar Melaka Tengah. Pengalaman bazar hunting kali ini memang lain daripada yang lain, sebab buat pertama kalinya saya betul-betul explore pilihan makanan yang berbeza dari kebiasaan saya.

Malu sikit nak mengaku yang this is my first time trying to cook bihun Singapore haha, nasib baik sedap walaupun terbuat banyak sangat hehehe

Selain cabaran memasak dan makanan, bulan ini jugak membawa satu sindrom pelik iaitu perasaan mengantuk yang luar biasa. Maksimum 1 jam saja waktu kuliah yang saya boleh fokus, lebih dari itu memang automatik masuk alam lain. Mungkin sebab cuaca musim tengkujuh yang mendung, atau mungkin juga kerana pola tidur yang hancur lebur disebabkan oleh tugasan. Kalau terkurang tidur, memang kurang betul. Kalau terlebih tidur pula, boleh sampai 13 jam straight tak sedar langsung. Kawan serumah pun risau. Acap kali saya mendengar mereka mengatakan sebegini: "Takut kau dah mati dalam bilik do." Ya, sedahsyat itu penangan tugasan dan bulan Ramadhan tahun ini.

Namun, perkara paling mencabar bukanlah mengantuk, tetapi perang besar melawan tikus di rumah sewa kami. Pada mulanya, kami menyangka hanya seekor tikus sahaja kerana memang terjumpa seekor saja. Jadi housemate saya mengambil inisiatif untuk menabur racun di laluan utama mereka. The potency? 100% deadly. Tak sampai 10 minit, dah boleh dengar suara tikus tersebut bergelut melawan ajal. Bukan seekor yang mati—tetapi lima ekor!

Ketika kejadian, saya sedang 'hibernasi' dalam bilik kerana kepenatan setelah berjaga malam menyiapkan tugasan. Housemate saya yang risau telah mengetuk pintu untuk mengejutkan saya. Saya yang masih mamai langsung tak perasan ada dua bangkai tikus betul-betul di depan pintu bilik saya. Setelah membersihkan dan membuang bangkai tersebut, saya telah mengambil langkah keselamatan untuk mensanitasi kawasan berkenaan dengan alkohol dan tisu basah. Ingatkan sampai situ sahaja drama bulan Ramadhan ini, ternyata masih belum berakhir...

Selang beberapa hari dari episod tikus, kami dikejutkan dengan penampakan ekor binatang berbelang hijau-hitam di celah katil housemate saya. Panik satu rumah kerana kami ingatkan haiwan tersebut ialah ular. Setelah jiran datang membantu, rupa-rupanya seekor biawak! Random betul ada biawak bawah katil ni. Makanya, bertambahlah lagi satu pengalaman baru dalam life lore saya—memanggil bomba untuk menangkap biawak. Disebabkan trak bomba yang terlalu besar untuk masuk ke lorong rumah sewa kami, anggota bomba terpaksa berjalan kaki menuju ke rumah. 

 


Sebagai warganegara yang bertanggungjawab (dan housemate yang malang kena jadi wakil), saya mengambil tugas untuk menyambut mereka. Dan di sinilah saya membuat kesilapan paling effortlessly mengarut dalam sejarah hidup saya. Sebaik saja saya menghampiri mereka, ayat pertama yang keluar dari mulut saya ialah: "Hai, rumah kami ada biawak."

My internal reaction right after saying that ughh

Sumpah, cringe gila bila fikir balik. Tak reti nak bergaul ke, kak? (Saya memang tak reti la bergaul uhuks). Anyway, I end up ranting about how we met the biawak macam member dah 5 tahun kenal haha. Mereka sempat beri amaran juga supaya tidak merakam operasi kerana P&C. Jadi, saya hanya mampu merakam seluruh kejadian dengan mata saya sendiri—indeed, an eye-opening experience. Macam tu rupanya bomba buat kerja haha. Dalam kekalutan menangkap biawak, kami masih sempat lagi order Gigi Coffee kerana ada submission menanti. Priorities💅

Ramadhan kali ini jugak mencatatkan satu lagi kejadian yang membuat saya facepalm sendiri. Percaya tak WiFi ID saya di IPG telah disekat oleh pihak ICT? Sebabnya? Penggunaan data yang terlalu tinggi, mencecah 50-60 GB sehari. Saya dipanggil oleh staf ICT dan ditanya apa yang saya buat sampai mencecah nilai begitu. Nak tak nak, terpaksalah mengaku yang saya menggunakan WiFi untuk muat turun drama di Telegram. Kena ceramah percuma tentang penggunaan Internet KPM dan kepentingan moderation. Malu lah juga sebenarnya kerana tak pernah lagi do kena banned sebab penggunaan WiFi berlebihan haha. Double malu sebab ada dua staf yang uruskan isu WiFi saya ketika itu. Mungkin sebab ini kali pertama saya berurusan dengan aset kerajaan kot? Sumpah lesson learned, taubat tak nak download drama di IPG lagi haha.

Dalam kesibukan Ramadhan yang penuh dengan drama, tiba-tiba muncul lagi satu berita besar. Tarikh konvokesyen UiTM dan IPG telah diumumkan. Serabut jugaklah kepala den nak fikir duit yuran konvo. Naya pak karim! Nasiblah gap antara dua konvokesyen itu agak jauh. Konvokesyen UiTM akan diadakan pada Mei 2025, manakala konvokesyen IPG pada November 2025. Sempat kot nak simpan duit sikit-sikit.

When I said it was an eventful month, I really mean it. Dari eksperimen dapur yang penuh kegagalan, bazar hunting, sindrom mengantuk, perang tikus, serangan biawak, hinggalah ke sekatan Internet dan konvokesyen; semuanya membuatkan Ramadhan kali ini terasa macam roller coaster ride. Dengan Ramadhan yang hampir melabuhkan tirai, saya berharap dapat membawa momentum positif ini ke bulan-bulan seterusnya. Setiap pengalaman menjadi kenangan manis dalam lore kehidupan saya. Tak sabar untuk lihat apa episod seterusnya!

Selamat menyambut Aidilfitri, semoga kita semua diberkati~ 🌙✨


Assalamualaikum, Qillah signing out (lama tak buat trademark ni haha)

all time popular!