Pages

Friday, November 21, 2025

SPP: The wait is finally over!!

Assalamualaikum dan selamat malam semua!! Setelah berbulan juga penantian saya dan rakan-rakan lain, akhirnya hari ini saya menerima SMS daripada SPP untuk menyemak keputusan temuduga yang telah dijalankan pada 26 Jun 2025 tempoh hari. Berdebar ya nak semak keputusan, walaupun PDPP Perdana ini dikatakan anak emas KPM yang hampir terjamin 100% penempatannya. Kalau temuduga kali ini sangkut, memang menangis la tunggu pengambilan seterusnya yang semestinya akan memakan lebih banyak masa. 

Berbalik kepada cerita saya, saya sebenarnya sedang off-gadget ketika keputusan diumumkan kerana tiba-tiba datang ilham nak mengemas bilik pula hari berkenaan. Kawan-kawan call, tag dalam group, cari merata dekat semua media sosial, tapi saya tetap tak muncul-muncul. Lebih kurang pukul 6 petang macam tu baru saya selesai dan buka telefon semula. Masa tu, berdentum-dentum notification masuk. Terasa la glamor kejap hahaha.

Antara yang paling kelam-kabut cari saya mestilah si Izzah. Bukan apa, sebab beberapa hari sebelum keputusan keluar, saya ada bagitahu dia yang naluri saya kuat mengatakan keputusan akan diumumkan minggu itu juga atau minggu berikutnya. Siap buat poll lagi tengok betul ke tidak naluri saya tu. Dan... betul pun! Naluri seorang perempuan, lagi-lagi perempuan gila yang analisis tarikh-tarikh pengumuman tahun lepas, memang tak boleh dibuat main hahaha.

Keputusan sebenarnya dah keluar sejak 4.30 petang. Alhamdulillah, penantian panjang saya berakhir dengan keputusan yang sangat menggembirakan. Benda pertama saya buat tentulah forward ke group WhatsApp keluarga. Langkah seterusnya tentulah bukak CapCut untuk cari template jj HAHAHA.


Cuma… lama jugalah video jj tu tersadai dalam draft sebab saya fikirkan caption. Kalau ikut hati, memang caption paling rempit saya guna. Tapi memandangkan saya kini selangkah memasuki sektor perkhidmatan awam, kenalah jaga imej sikit. Jadi saya pilihlah caption yang paling selamat dan tak mencetuskan kontroversi: “alhamdulillah ala kulli haal”. Rasa janggal tu ada lah juga, tapi kita cubalah biasakan diri. Bukan untuk jadi fake, cuma satu usaha kecil untuk menjaga profesionalisme keguruan. Bukan setakat dapat A+ EDUP sahaja, tapi kita cuba hidupkan budaya profesionalisme tu dalam kehidupan harian. Barulah tak memalukan Madam Ezlin haha.

Ada juga kawan-kawan yang pm tepi tanya kenapa caption tak serempit biasa. Sorry guys, ada imej penjawat awam yang perlu dijaga sebaik mungkin. Apa-apa pun, saya sangat lega dengan keputusan ini. Sekarang tiba masa untuk fokus pada medical checkup, penyediaan dokumen, dan proses seterusnya. Doakan saya mendapat penempatan yang terbaik, tak kisahlah di mana pun. 

InshaAllah, kalau ada kesempatan, saya akan tulis satu entri tentang tips temuduga SPP beserta nota temuduga dalam Bahasa Inggeris khusus untuk calon TESL yang saya sendiri sediakan.

Itu sahaja daripada saya. Byeee!! 

No comments:

Post a Comment

all time popular!