Pages

Sunday, June 8, 2025

Kekalutan Aidiladha: Praktikum, Temuduga SPP dan BIG


Assalamualaikum semuaaa! Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada. Semoga semangat pengorbanan yang kita raikan ini benar-benar membekas dalam jiw dan zahir kita. Sejujurnya, sambutan Aidiladha saya tahun ini tak jauh beza dengan tahun-tahun sebelumnya. Keluarga kami sebenarnya jarang terlibat secara langsung dengan urusan daging korban. Kami lebih selesa duduk di rumah (atau kampung) dan menyambut tetamu (baca: tidur bergelimpangan di ruang tamu sambil tunggu bahagian daging korban sampai).

Namun, raya kali ini saya membawa "barang tambahan" ke kampung: laptop dan printer. Bukan untuk kerja saya semata-mata, tapi juga untuk membantu adik lelaki saya, si Adam yang suka bertangguh kerja sekolah walaupun sudah seminggu cuti. Mulut saya dah berbuih membebel, tapi biasalah... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Akibatnya, berbaki lagi sehari dua untuk balik ke MRSM dan kerja rumah Adam masih belum siap. Memang memintak la, dik.

Saya sebagai satu-satunya akak yang pulang ke kampung yang bertanggungjawab menemani malam-malam terakhir Adam memulun kerjanya. Dia yang tak siap, angah dia yang kena stay up temankan (read: supervise)... Bertuah punya adik.

Bukan Sekadar Aidiladha...
Aidiladha kali ini terasa sungguh menyesakkan kerana ada tiga perkara penting yang perlu saya persiapkan mental dan fizikal. 

Praktikum
Temuduga SPP
Kem Bina Insan Guru (BIG)

Sebagai seorang INTJ (ya, saya percaya MBTI), saya jenis yang suka merancang awal dan pastikan semua tersusun sebelum sesuatu bermula. Saya telah siapkan templat BBM, susun pembahagi fail portfolio, dan kumpul maklumat awal tentang sekolah. Tapi seperti biasa, kita hanya mampu merancang. Saya masih perlu menunggu taklimat rasmi praktikum supaya lebih jelas dengan kehendak dan keperluan kursus praktikum ini.

Temuduga SPP: Tekanan Yang Tidak Dijemput


Belum reda serabut praktikum, saya pula menerima panggilan temuduga SPP, dan tarikhnya jatuh pada 26 Jun iaitu hari lahir mama saya. Harapnya hari yang penting ini tidak berubah menjadi tragedi la ya huhu. Sebagai bakal guru (aminkan sekarang!), temuduga SPP adalah satu titik penting dalam hidup saya. Panel bukan calang-calang, soalan pun bukan biasa-biasa. Bahagian pengetahuan am sahaja dah cukup untuk buat saya petak di situ juga.

Yang paling saya risaukan ialah temuduga ini jatuh hanya seminggu selepas praktikum bermula. Maksudnya, saya kena bahagikan masa antara mengurus realiti bilik darjah dan persiapan temuduga yang tidak mudah. Bagi INTJ seperti saya, masa adalah aset; dan bila saya sendiri sudah mula hilang kawalan terhadap masa, saya mula goyah secara mental. 

Inilah yang saya rasakan beberapa hari sebelum Aidiladha. Saya duduk depan laptop, tenung skrin... dan otak crash haha. aqillah.exe has stopped working. Nak mula dari mana pun saya tak tahu. Terpaksa reset my whole mindset dan susun semula to-do list ikut kepentingan.


BIG: Dah tua pun ada perkhemahan lagi?
Siapa suruh nak jadi cikgu? Kan dah kena sertai perkhemahan walaupun dah bertahun tinggalkan alam persekolahan. BIG atau Bina Insan Guru, adalah perkhemahan kokurikum selama 4 hari 3 malam. Dan ya, ia mempengaruhi keputusan akhir Semester 3 akan datang. Nak grad dengan Pangkat Cemerlang? Praktikum dan kokurikulum mesti dua-dua dapat gred minimum A. Kalau satu tersasar, hatta 0.01 sekali pun, selamat tinggal 3.75 dan ke atas.


Masalahnya, persiapan untuk BIG masih samar-samar. Ahli MT (pelajar juga) masih belum tentukan pembahagian tugas dan penetapan baju batch. Dahlah kami ni Siri 1, boleh kata perasmi BIG la sebenarnya, tetapi masih tak nampak hala tuju ke mana. Geram? Sangat😴. Dengan kesibukan persiapan praktikum dan temuduga, saya mula rasa tenaga saya terbahagi. Masalahnya, saya ni cumalah seketul Aqillah. Bukan Boboiboy yang boleh pecah tiga, jauh sekali Ejen Ali yang ada IRIS untuk masuk Override Mode. Penatlah jugak sebenarnya.

Sebagai seorang yang agak obses dengan "control", Aidiladha kali ini memang terasa agak berat. Bila minda dah terlalu sarat dengan pelbagai kepentingan, seketika terasa hilang kawalan dengan perjalanan hidup sendiri. Tapi jangan risau. This, too, shall pass. Tak tahu macam mana, tapi saya percaya saya boleh get through this phase. Cuma kena banyak sabar sikit la kot haha.

Untuk pembaca (padahal sorang je yang rajin baca) yang mungkin juga sedang serabut dengan kehidupan ini; saya faham. Kita sama-sama letih. Tapi percayalah, fasa ini tak akan sia-sia. Satu hari nanti, kita akan bangga bila ingat kita pernah survive semua ini. Bukan hari ini la tapi hahahahaha :')

Selamat Hari Raya Aidiladha sekali lagi.

Bye jumpa lagi kalau rajin!

No comments:

Post a Comment

all time popular!