Assalamualaikum dan hai semua~
Saya sebenarnya telah pulang ke Johor Bahru sempena cuti study week yang agak lama–tiga minggu do! Sedang saya menyusun jadual ulang kaji, terdetik pula di hati saya: "Eh... aku dah nak habis IPG rupanya." Semester 2 ni tinggal sisa-sisa ujian akhir je. Lepas tu, cuti semester dua minggu (buat syarat je kot), dan terus masuk Semester 3; fasa praktikum dan Bina Insan Guru (BIG). Tak sangka... rasa macam baru semalam daftar IPG, sekarang dah kira hari nak keluar.
Masih ingat lagi hari pertama menjejak kaki ke IPG. Masa tu, saya ingat jadi cikgu ni senang je. Masuk kelas, ajar, balik. Hah, silap besar. Realiti guru sekarang kena ada stamina atlet, suara macam announcer (sebab murid akan tanya soalan sama berulang kali) dan semestinya hati yang tidak mudah koyak. Tugasan di IPG juga tidak sama macam di UiTM dulu. Terpaksa berjuang awal semester untuk rancang dan selesaikan tugasan, kalau tak mahu kecundang di pertengahan semester.
Tidur pukul 3 pagi, bangun 5 pagi, repeat. Kadang-kadang berjaga terus sampai Subuh. Kopi 3 in 1? Wonda? Zus Coffee? Kenangan Coffee? Kopi Saigon? Nescafe ais abang kafe? Semua jenis kopi saya dah cuba, dan sampai satu tahap, memang minum kopi dah tak jalan. Rasa nak give up tu ada, tapi bila fikir dah sampai tahap ni, rasa sayang pula nak patah balik. Tambahan pula... ehem, terbayang juga gaji cikgu baru dalam SSPA nanti 😼
Semester ini juga saya berada di sekolah selama dua minggu untuk PBS atau Pengalaman Berasaskan Sekolah. Memang terasa macam pelakon utama drama TV3 slot 7 malam – pagi bersemangat, tengah hari dah lembik. Jalan kaki 15 minit ke sekolah setiap pagi memang boleh kira senaman wajib. Kalau ada kokurikulum pula, balik pukul 4.30 petang. Fizikal penat, mental pun letih. Tapi dua minggu itulah yang betul-betul ajar saya tentang realiti di sekolah. Kawal kelas, senyum walaupun tengah penat, dan... berkenan pulak dengan seorang ustaz yang sampai sekarang saya tak tahu macam mana nak make a move. Tak reti la nak mengorat ustaz ni haha.
Syukur juga rakan sekelas cuma 11 orang gadis. Tenang. Aman. Kurang drama (yeke? ytjt la ek haha). Pensyarah pun banyak membuka mata saya tentang erti sebenar menjadi guru. Frasa yang sering disebut-sebut oleh pensyarah: nyala rasa seorang guru. Nak jadi cikgu, bukan sekadar masuk kelas untuk mengajar tapi kita nak mendidik. Sebab tu seorang guru kena ada jiwa pendidik. Dan jiwa tu... perlukan nescafe ais, tidur cukup dan support system yang padu.
Perasaan saya sekarang? Campur-campur. Gembira, takut, sayu. Tapi yang paling kuat, rasa syukur. Ramai yang mahukan tempat saya sekarang. Ada yang dah gagal dalam pengambilan lalu tapi masih sanggup cuba lagi. Sanggup berhabis ratusan ringgit untuk ambil ujian APTIS semula. Sedangkan saya di sini… walaupun ni bukan laluan yang saya pilih sendiri. Tapi mungkin betul kata orang: Pilihan mak ayah tu selalunya jalan yang paling berkat.
Doakan saya dan semua rakan seangkatan berjaya menamatkan perjalanan ini dengan penuh makna. Dan kalau boleh... doakan juga kami dapat posting di negeri pilihan masing-masing, ya? Terima kasih IPG, untuk segalanya. Ilmu, kenangan dan air mata... dan paling tak dilupakan, kertas A4 yang entah berapa rim dah habis dalam dua semester ini haha.
Okay sekian luahan perasaan di malam hari! Jumpa lagi kalau rajin~
Sikit lagi je!
ReplyDeleteHaha kau pun, sikit lagi! Goodluck to both of us :D
Delete