Pages

Tuesday, November 10, 2026

Attachment 03: 11 Months In!

Assalamualaikum, everyone!

Punyalah sibuk sampai tak berkesempatan untuk update blog berbulan lamanya. Sibukkan apa pun tak tahulah. HAHAHA. Anyway, SAYA DAH 11 BULAN KERJA! Kinda crazy kalau difikirkan semula. From someone who came from a completely different field, ventured into education, and is now almost a year into teaching. Pejam celik, pejam celik, dah nak setahun rupanya.

Tak sempat nak fefeeling cikgu novis, tahun depan dah kena jadi Penyelaras Tahun 1. Dengan kurikulum baharunya, dengan kemasukan murid enam tahunnya... Tak tahulah macam mana. Belum sempat nak hadam satu benda, dah kena bersedia untuk benda seterusnya. Doakanlah saya mampu menggalas tanggungjawab ni dengan baik. Amin!

Sepanjang lima bulan lebih tak update blog ni, banyak benda yang berlaku sebenarnya. Nak cerita satu-satu, memang tak terdaya lah. But let's just say, being a teacher has been quite an experience so far.

I guess that's one thing I've learned throughout these 11 months. Teaching is not just about what happens inside the classroom. There's so much more happening behind the scenes that pupils (and probably our younger selves) never really get to see. And honestly, I'm still learning how to navigate all of it. One thing at a time, I suppose.


Julai 2026

Somewhere in July, I've probably had the worst toothache I've ever experienced in my 25 years of life. Yes, it was THAT bad. Berbulan-bulan bergantung pada painkillers untuk tidur. Ibuprofen, PCM, Diclofenac Sodium, you name it. Masa tu sakit gigi memang tahap mengganggu tidur. Tertidur purely sebab badan dah penat.

Bermulalah episod camping dekat aplikasi MySejahtera untuk berebut slot appointment klinik kerajaan. Klinik berdekatan fully booked until 2027, jadi gamble je book dekat KK Pekan Nenas, Pontian. Aku tak pernah drive ke Pontian sebelum ni, tapi disebabkan sakit yang dah tak tertahan, gagahkan juga diri memandu awal pagi. Mula-mula takut sebab laluan tu banyak lori, tapi selepas tiga hingga empat kali ulang-alik, alhamdulillah dah boleh drive tanpa tengok Waze. At least, ada juga benda baik yang keluar daripada episod sakit gigi ni.

OPG X-Ray (RM70)

Rupanya, punca segala penderitaan ni ialah gigi bongsu 48 yang berlubang agak dalam. Dr cakap memang kena cabut. Selepas dapat referral X-ray, akhirnya dapat tarikh untuk Minor Oral Surgery (MOS), tapi kena tunggu dua bulan lagi.

Dari Julai sampailah Oktober baru selesai masalah gigi ni. Alhamdulillah, pada 26 Oktober lepas, selamatlah gigi 48 dicabut melalui pembedahan kecil. Finally, after months of suffering! Rezeki juga sebab dah boleh guna GL sendiri untuk cabutan di KK, jadi kos pembedahan percuma. Dapat MC tiga hari. Kalau dekat swasta, MOS boleh mencecah RM1,800–RM2,000. Fuh...

MC aku tahun ni pun banyak digunakan untuk urusan gigi semata-mata. Seksa weh. Semoga tak perlu berulang lagi episod sebegini. Cukuplah sekali. PLEASE.


September 2026

September tempoh hari, guru pembimbing aku, Kak Rasyidah, dapat pindah ke negeri asal suaminya, iaitu di Perak. Masa mula-mula dengar berita tu, aku rilek je. Macam biasa, oh okay, Kak Syidah nak pindah. Tak sangka, hari terakhir beliau, menangis jugalah aku dibuatnya (sangat tidak nonchalant).

Berulang kali Kak Syidah pesan, "Kau ada potensi yang besar, Qillah."

Nak nangis 😭😭

She's genuinely one of the best mentors I could have asked for. Tak pernah sekali pun beliau pandang rendah pada background aku yang bukan daripada pure education. Kalau ada benda yang aku tak tahu, beliau ajar. Kalau ada benda yang aku tak faham, beliau terangkan. Even when I made mistakes, I never felt belittled for not knowing enough. Sometimes, bila kita masih baharu dalam sesuatu bidang, kita cuma perlukan seseorang yang percaya kita boleh buat benda tu. Bukan semestinya orang yang akan sentiasa bagi jawapan, tetapi seseorang yang sudi membimbing kita untuk cari jawapannya sendiri.

And Kak Syidah was that person for me.

Kepulangan beliau ke Perak menandakan bermulalah episod aku terkapai-kapai tanpa guru pembimbing. Urusan PPGB pun tergendala seketika. Banyak benda yang masih perlu diselesaikan, tetapi nak buat macam mana. Slow-slow je lah. Insha-Allah siaplah tu nanti. Semoga Kak Syidah dipermudahkan segala urusan di tempat baharu. Thank you for everything, kak!


Oktober 2026

Oktober ni macam bertubi-tubi sikit. Kena marah dengan bos. Yang ni malaslah nak cerita. YTJT je la haha.

Kaki pula melecur terkena makanan FamilyMart yang panas. Gagah lagi tu drive pergi sekolah dalam keadaan kaki melecur. Pulak tu, ada kursus dua hari yang memerlukan aku memakai kasut formal. Memang makin teruk blister dibuatnya. Sampai sekarang, masa entri ni ditaip pun kaki aku masih belum sembuh sepenuhnya. Tempat melecur tu masih sakit bila terkena pressure.

Nasib badan betul. Bulan ni macam-macam pula benda nak kena lalui. Kalau bukan gigi, kaki. Kalau bukan sakit, ada pula hal lain. Semoga tahun depan lebih baik sedikit daripada tahun ni. Amin.


November 2026

Sambil taip ni, hidung sebenarnya tengah berair tak berhenti haha. Puncanya sebab membantai sambal kerang yang mak aku masak. Masa makan memang tak ingat dunia. Sekali... noh, malam baru kena allergic reaction. Ubat pula dah habis. Makan Loratadine 10mg tak jalan. Tenyeh Vicks pun tak jalan. Jalan terakhir, sumbat jelah hidung dengan tisu. Esok aku gi farmasi cari ubat haha.

Dalam tempoh masa yang sama, saya juga sedang melalui fasa ditekan-tekan untuk beli rumah dan kereta. ADEH. Belum sempat nak menikmati gaji sendiri dengan aman, dah ada macam-macam komitmen menanti. Akhirnya, masuklah tempoh berjimat untuk saya. Sekarang tengah cuba kumpul duit untuk deposit kereta. Doakanlah semoga berjaya mencapai target simpanan tu. Rumah tu nantilah ya. Satu-satu. Nak angkat kereta dulu.

Tapi dalam banyak-banyak komitmen kewangan, ada satu berita yang memang menggembirakan hati.

MARA SAYA DAH NAK HABIS BAYAR!


WEH, berbaki RM500 je lagi! Lega sangat bila fikirkan semula perjalanan nak selesaikan pinjaman ni. Daripada mula-mula kena bayar balik, menunggu proses conversion, sampailah akhirnya dapat pengurangan bayaran balik. Alhamdulillah, satu demi satu urusan dipermudahkan. Another financial commitment almost settled!

And I guess that's pretty much what has been happening in my life for the past few months. Ada yang menggembirakan, ada yang memenatkan, ada yang menyakitkan (literally), dan ada juga yang mengajar aku sesuatu tentang kehidupan. Eleven months into working life, and I'm still figuring things out. Masih belajar untuk jadi guru yang lebih baik, menguruskan tanggungjawab, menguruskan kewangan dan menerima hakikat bahawa kehidupan orang dewasa ni tak semudah yang disangka.

Sometimes I wish I could slow things down a little. Baru nak biasakan diri dengan satu tanggungjawab, datang pula tanggungjawab baharu. But I suppose that's life. We're all just figuring things out as we go, aren't we?

Anyway, here's to the remaining weeks of 2026. Semoga segala urusan dipermudahkan, kesihatan semakin baik, simpanan semakin bertambah dan semoga tahun depan membawa lebih banyak perkara baik untuk kita semua.

Okay tu je guys, jumpa lagi kalau rajin! Byee~

all time popular!

document.addEventListener("contextmenu", function(e){ e.preventDefault(); });