Pages

Tuesday, February 6, 2024

Selamat datang ke dunia realiti huhu

Assalamualaikum and selamat malam, thuk-khon! Saya sebenarnya baru sahaja selesai sesi temu duga dengan company B untuk position MLT. Nama je MLT tapi job scope dia macam bahagian admin/technical support gitu. Ikutkan macam nak consider tapi the company agak jauh (30 minit kalau tak jammed) dari rumah saya. Selain faktor saya belum ada transport sendiri, career progression pun macam agak stagnant. Gaji ditawarkan hanya RM 1.8k tapi saya takdelah picky sangat huhu. 

Beginilah dunia dewasa. Kadang kerja tu kita dah rasa sesuai dengan diri sendiri, tapi masih banyak lagi faktor lain yang perlu difikirkan supaya tak membazir masa kita dan orang keliling. Haih, tak apalah. Baru interview, entah dapat ke tak. Teruskan je la job hunting. Baru sebulan jadi penganggur kehormat 😂 Itu je la nak update sebenarnya. Rasa frust tapi boleh kawal lagi hehe.

Bye, bye! Jumpa lagi kalau rajin.

Monday, February 5, 2024

Life update is here!!

Assalamualaikum and hi, everyone! Fuh, lama tak update ye. Dah genap sebulan since my internship ended, and I am still jobless hahaha. Good thing is saya dah tak terlalu stress sangat pasal kerja ni sebab saya percaya this is all just part of the process yang fresh grads confirm akan lalui. So, hadap jela dulu hahahaha. I told my sister yang my job applications dah 80+, and she joked saying I should make it even with 100 applications lol 😭😭😭

Apa je yang saya buat sementara bergelar penanam anggur berjaya? Banyak je aktiviti, cuma bosan sikit sebab tak keluar berjalan sangat. Almaklumlah, kitonyo dah tak ada income. Tak apalah, life kinda good now. Sementara tunggu kerja lab, ada jugak mohon Mr. DIY dan sebagainya tapi tak ada respond do. Memang kena bagi resume walk-in ke macam mana? Sapa-sapa tahu, roger please. 

Itu je la kot update kehidupan setakat ini. Alhamdulillah, makin gemuk. 
Jumpa lagi next post! Bye, bye~

Sunday, January 14, 2024

Adulting crisis

Assalamualaikum. Just a short post to commemorate Muna's advice to me. To those yang tak tahu, aku baru habis internship 12 Januari yang lalu and sejujurnya, I've been panicking over what jobs to do since Oct 2023. Aku dah mass apply kerja, dah go to interviews, but still no replies. I guess, it kinda messed up my mind. Mula rasa iri hati tengok kawan yang dah dapat kerja, mula rasa bad feelings bila kawan dah ada achievement tinggi sikit dari aku. Been feeling like this sejak internship hunting pun sebenarnya tapi this time dia macam intensified. 

So aku bagitau Muna about this. One thing she said is this:


Terus rasa nak menangis huwaaaa. Betullah tu, aku rushing nak buat apa. Timeline aku dah kira laju ni ha habis degree umur 23. Apa lagi aku nak, kan? Slow slow ah. Was so thankful for her words, that I decided untuk letak sini. One day, if I ever feel macam hidup aku stagnant, I will go back to read this again. Hidup ni is all based on pilihan. Kau yang buat keputusan nak stay kat tara tu je ke, atau slowly improve hidup kau with the little things in your life? 

Tak perlu pun nak compete dengan orang lain. It's just you versus you.

Super glad I could get this off my chest hahaha. Sampai sini je la ek, bye bye! 

Friday, January 12, 2024

Salam Positif 3.0

 


Assalamualaikum. Aight, at this point we all know the drill hahaha 😂. The symptoms, the disbelief and lastly, the positive test result. Tak tau dah nak kecek apa, just purely dissapointed dengan my immune system HAHAHA. The symptoms sumpah macam my usual allergic reaction so aku tak kisah sangat when it first happened (10/1), and then I woke up at 11/1 with a battered body. Rasa macam kene pijak berjemaah, my nose has been clogged since last night, my throat is super itchy and sore. Did the test and confirmed positive untuk kali ketiga.

Padahal, ada lagi 2 hari nak habis intern weh. Literally Friday is my last day and yet, here I am. Have to be quarantined for 5 days, and cancel plan nak lepak dengan Muna. Nasib baik duit hotel dia boleh refund. Kalau tak, hm serba salah aku weh. Woke up at 3.00 am tadi sebab cold sweats, and tak boleh tidur semula so here we are, another post of commemoration. 

To be honest, it wasn't that bad. Cumanya, aku rasa bosan. Time ni la craving nak makan junkfood, nak air manis, nak itu nak ini. Nasib baik mak pak aku layan lagi kalau setakat nak makan burger. Oh, nasib baik jugak aku still boleh rasa. Alhamdulillah 😭.

Okay la tu je kot, nak sambung buat poster intern. Bye!

all time popular!

document.addEventListener("contextmenu", function(e){ e.preventDefault(); });