Pages

Monday, December 26, 2022

puzzle of everyone

Perasan tak, kita akan pick up little habits or phrases dari people around us, selalunya yang kita rapat la kan. Dia macam random tapi subsconsciously kita akan copy their manners out of habit. Selalunya, kita tak notice sampailah someone said it to us. I found it very endearing sebenarnya. Kalau kita collect little bits from people in our life, in the future, won't we be a finished puzzle of everyone? Comelnya.

Sunday, December 25, 2022

FYP 1: Baca journals sampai muntah?

    
    Assalamualaikum semua~ Entri ini ditulis pada hari Krismas, 25 Disember 2022 kerana saya sedang ketandusan idea untuk menyambung penulisan Research Proposal. Ha apa pulak Proposal ni? Bagi yang tak tau, sedikit pengenalan tentang saya: saya ialah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Biologi di UiTM Kuala Pilah. Saya sedang semester 5, dan tentunya bila kita sudah melangkah masuk ke tahun akhir degree, akan ada projek akhir tahun atau omputihnya: Final Year Project. Setakat pengetahun saya, FYP ni dibahagikan pada dua bahagian iaitu FYP 1 (Research Proposal) dan FYP 2 (Final Year Project). 

    Pelajar semester 5 seperti saya perlu menulis 3 bab untuk FYP 1 yang merangkumi Introduction, Literature Review & Methodology. Nampak sikit je, kan? Hakikatnya penulisan proposal tidak semudah itu, rakan-rakan. Itu akan dibahaskan di penulisan yang lain, tak cukup page nak menulis di sini. Untuk entri kali ini, saya akan ceritakan serba sedikit perjalanan FYP 1 di kampus saya iaitu UiTM Kuala Pilah. Mungkin akan ada post berasingan mengenai kesilapan yang saya buat (banyak sangat silap sampai tak boleh muat semua kat sini hahaha) semasa FYP 1 ni. Okay so macam mana nak start FYP 1 ni?


1: Pemilihan bidang kajian dan Penyelia (SV)

    Perkara pertama sekali yang kita kena buat tentulah kena pilih bidang yang diminati dan penyelia atau supervisor yang akan menyelia progress research kita sampailah FYP 2 nanti. Setiap kampus berbeza cara pemilihannya jadi saya akan kongsikan untuk kampus saya. Setiap batch FYP akan ada seorang penyelaras atau coordinator yang akan berhubungan dengan pelajar mengenai update FYP dan sebagainya. Coordinator saya bukak Google form untuk pelajar pilih penyelia. Ada 25 nombor yang disenaraikan, setiap satu mempunyai 3 bidang/kepakaran penyelia tersebut. Macam ni ha:

Nombor 1 (Biotechnology, nanotechnology, biochemistry)

    Maksudnya, ada 25 penyelia yang disediakan untuk FYP sesi itu. Identiti penyelia tidak didedahkan, cuma bidang dan kepakaran penyelia saja yang menjadi indikator untuk kita pilih. Saya pilih nombor 11 iaitu bidang microbiology, genetics dan biochemistry. Dalam kes kami, first come first serve. Sapa sempat pilih bidang, dapatlah bidang yang diminati sebab pilih di Google form kan. Kisahnya, coordinator saya bukak form ni masa saya naik bas. Den dahlah motion sickness, ingatkan nak pilih lepas turun bas nanti. Tau-tau, member call suruh pilih cepat sebab pilihan penyelia laku keras. By the time saya bukak semula form tu, tinggal lagi 6 ke 7 pilihan je hahahaha. Nasib baiklah sempat pilih bidang yang okay. Tapi itulah dia, pening lalat kepala nak menaip details kat form. Sempat jugak call akak untuk tanya opinion dia. Sebabkan akak saya merupakan pelajar mikrob, saya decide untuk ikut langkah beliau jugak. Anything boleh rujuk akak nanti hehe.


2: Perjumpaan dengan SV & Pemilihan Tajuk
    
    Lepas pilih bidang, coordinator akan upload fail nama penyelia berdasarkan nombor yang kita pilih. Saya dapat penyelia yang familiar, sebab beliau pernah ajar lab untuk biochemistry semasa semester 2. Okay, I guess. Di bawah setiap penyelia akan ada dua pelajar, ikutlah course tu ramai ke tak. Saya partner dengan Aziz, pelajar kelas A2. Kenal tapi gitu-gitu je lah. Lepas tahu siapa SV, terus save contact number and approach SV kita. Perkenalkan diri and tanyalah bila nak buat first meeting. Macam saya, SV minta jumpa masa naik semester 5. Cuti sem kene buat research sikit tentang topik kajian yang kita nak buat.

    Anyway, start sini saya dah mula buat silap dengan bertangguh. Tak buat research langsung masa cuti sem pastu naik cuti, terpinga-pinga nak bincang apa dengan SV. Nasib badan dapat SV yang memang serahkan 100% pada kita untuk flow research. SV follow je plan kita apa, tapi kita sendiri pun tak tau nak buat apa hahahaha. Jangan buat kesilapan ni guys. Plan your research well. Untuk FYP 1, kita kena sign contract form dengan SV. Kalau takde masalah dengan SV, boleh proceed. Kalau rasa SV tak serasi dengan kita, boleh je bincang dengan coordinator. Setahu saya, dibenarkan untuk tukar SV atas budi bicara.

    By week 1/2, kena submit FYP Contract Form pada coordinator untuk dokumentasi. Tapi itulah, luck tidak menyebelahi saya. Week 2, positif COVID. Terpaksa extend submission contract form dan segala perbincangan dengan SV. Masa tu, masih takde tajuk untuk FYP. Dalam keadaan sakit, pulun baca artikel jurnal untuk cari secebis tajuk. Dah jumpa sample of interest, tapi tak menepati kehendak SV pulak. SV saya nak sample atau research yang rare - yang belum atau kurang kajian sedia ada. Jadinya, teruskanlah pembacaan jurnal. Baca lagi, lagi dan lagi. Rasanya, saya dah shortlist dalam 5-6 samples masa tu. By the time saya habis quarantine, alhamdulillah tajuk dah ada. Tajuk dipilih ialah berkenaan aktiviti antibakteria dalam Coriandrum sativum L. Lebih kurang je dengan tajuk FYP akak saya, hehe. Bezanya, akak buat daun inai dengan Staphylococcus bacteria. Kita buat daun ketumbar. Bersyukur jugak ada akak. Akak saya bagi tengok full thesis dia untuk rujukan. Love sangat :>


3: Bermulanya Penulisan Proposal

    Once dah ada tajuk dan submit contract form, teruskan dengan penulisan proposal. Selalunya pelajar akan mula dengan Introduction, diikuti dengan Literature Review dan akhir sekali baru tulis Methodology. Ada jugak SV yang prefer kita siapkan LR terlebih dahulu sebab LR selalunya ialah bahagian paling panjang dalam proposal kita. Nak terangkan tentang setiap bahagian, memang tak cukup kudrat nak menaip. Ilmu di dada pun tidak seberapa nak terangkan, jadi pastikan fokus betul-betul masa coordinator terangkan.

    Untuk kitaorang punya batch, coordinator akan kerjasama dengan pihak PTAR untuk buat kelas online mengenai references, penulisan proposal dan journal databases untuk tolong pelajar. Untuk ilmu lebih, contohnya apa beza Endnote dan Mendeley, macam mana nak jumpa journal yang berimpak tinggi dan sebagainya. Ini semua ialah ilmu yang berharga untuk pelajar sengkek macam kita. PTAR ada sediakan kelas percuma, jadi luangkan masa untuk join. Pelajar UiTM boleh juga cuba layari laman web MyKM Portal untuk koleksi jurnal dan kelas online lain. Maklumat lain tentang FYP seperti format penulisan, tarikh akhir dan lain-lain, selalunya akan disediakan oleh coordinator. 

    Untuk pelajar Fakulti Sains Gunaan, boleh rujuk FYP Guidelines di pautan berikut: https://fsg.uitm.edu.my/images/Download_Document/FYP_1/FYP_Guidelines.pdf. Panduan ini tertakhluk pada perubahan semasa ya, pastikan baca yang terkini. Mana nak cari panduan FSG yang lain? Boleh lihat di laman web berikut: https://fsg.uitm.edu.my/index.php/about-fsg/download. Mungkin ada coordinator yang akan beritahu tapi saya tahu pasal laman web ni sendiri huhu. Maklumlah dah degree kan? Kenalah pandai cari maklumat sendiri. 


4: Susah ke nak menulis?

    Susah kalau tak manage masa dengan baik. Sayalah tu hahaha. Kena ingat ya, walaupun credit score untuk FSG631 (Research Proposal) ni hanyalah 2.0, tapi tanpa proposal yang bagus, susah kita nak teruskan FYP 2 dengan aman. Ada kes kawan saya kena  tukar tajuk setelah minggu ketujuh. Sakit ya nak mulakan semula research dari kosong. Komitmen di semester 5 ni bukan semata-mata untuk menulis proposal. Masih ada lab reports, assignments dan presentations menunggu anda. Belum kira case study dan tests lagi. Tak menang tangan!

    Rancang masa dengan baik. Coordinator saya selalu pesan: "sekurang-kurangnya sehari kena baca satu jurnal. Tulis sebaris ayat pun okay." Asalkan jangan buat last minute. Nanti jadilah macam saya ni. Terpaksa korbankan cuti Krismas seminggu sebab nak selesaikan lab reports dan FYP. Kita akan ada presentation by one dengan pensyarah lain masa Week 13. Kalau proposal belum siap, nak bentang apa diknon oi? Proposal dah siap pun, akan tetap dibantai kalau buat cincai. 

Sci-Hub penyelamat untuk pelajar sengkek hahahaha

    Akhir kata, tak payah nak stress sangat. Jarang dengar kes gagal FYP 1 tapi janganlah ambil lewa sangat. Sebolehnya, plan awal your research journey. Jadilah realistik dan berpijak di bumi nyata. Kalau sedar fakulti kita tak berapa nak lengkap peralatan makmal, buatlah FYP dalam kemampuan. Boleh je nak menyewa peralatan di universiti lain, tapi you tanggung sendiri la. Duit semua keluar sendiri. Sanggup? Teruskan dengan kajian anda. Apa-apa pun, good luck buat FYP! Semoga kita semua dapat lulus dengan jayanya. 



Assalamualaikum, 

Qillah signing out :>


Thursday, December 8, 2022

F2F TESTS?!

Assalamualaikum semua! Back to another college entry, this time saya nak tulis (read: bebel) about my very first physical tests since I started degree. Honestly, I was panicking this whole week because for some reason, kitaorang ada dua test di hari yang sama, which is on Wednesday. Interestingly, Wednesday is our most packed day. Kitaorang cuma boleh rehat for an hour, which is obviously waktu makan dan solat. Kelas straight dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. I don't even know how we survived that, tbh.


So, test pertama ialah test BIO611 Plant Physiology. Soalan dia sikit je tapi masuk dari Chapter 1 sampai 7 ya, anak-anak. Sakit otak nak membaca sebab lecturer memang tak bagi hint. Takde MCQ, tapi soalan cuma short essay questions. Markah paling tinggi pun 5 markah je, so takdelah gelabah sangat. I was lucky ada belek pasal nodule formation betul-betul before the test starts, and benda tu masuk test. Adalah dalam 4 markah, tapi aku kemain excited letak sampai 10 steps in nodule formation. Dia punya semangat tu, hahaha.

Habis je sejam waktu test, terus kena gerak pergi lab BIO611, again Plant Physio. Did an experiment on transpiration. Adalah gap sikit untuk kitaorang revise for the next test pulak, BIO621 Integrative Physiology. Memasing dah mereng, muka macam orang tak betul dah. Ada yang belum tido, ada yang tido 30 minit saja. Ada yang dah berserah pada Ilahi. Macam-macam gaya ada. Nasib baik lah untuk BIO621 ni, lecturer ada bagi hint plus memang dah ajar kitaorang cara jawab test ikut marking style dia. Takde gelabah sangat, tapi masih gelabah jugaklah sebenarnya.

Masa sejam rehat diperuntukkan sebaik mungkin. Makan laju-laju, bincang sikit dengan kawan, pastu lari gi solat. Balik kelas, sambung bincang lagi sampailah lecturer masuk kelas. Again, lucky us, sebab lecturer memang ada bagi hint. Soalan tak lari jauh dari hint diberi, dan boleh menarik nafas lega la lepas habis test. Kebetulan Rabu ada pasar malam, jadi self reward la cerita dia. Balik rumah, terus pass out. Memang tak sedar langsung, tau-tau bangun 10 malam. Nampak kepenatan sangat ya hahahahaha.

Walaupun tests dah selesai, lab reports dan assignments lain menyusul rapat di belakang. BIO611 saja, ada 3 lab reports pending. BIO610 ada 2, BIO615 lak ada 3 reports. Research proposal pun takde hala tuju lagi ni, baru introduction. Orang lain dah start literature review hahahaha. Nak taknak, bersambungla episod stay up saya demi segulung ijazah. Sebenarnya, my first test ialah test BIO610 which is basically Biostatistics. Tapi taknaklah mention pasal test tu, terlalu traumatizing ya. I feel so dumb but anyway, it's maths. Not my best forte, so no hard feeling pun sebenarnya. I would be satisfied with a B sksk.


Taktahu nak tulis apa dah, tapi semoga Aqillah dan rakan seperjuangannya dapat mengharungi semester 5 dengan jayanya. Bye, jumpa lagi dalam post akan datang!

Qillah signing out ^^





Monday, November 7, 2022

another loss, i guess

Of all people, can't believe one day aku akan tulis pasal kau in this blog. Of all people yang blah, can't believe you will be one of them too. Tapi tak apalah, I take it as another loss this year. I believed I did my best in our friendship and I regret nothing.

Wish you all the best, mate. 

Thursday, October 20, 2022

Salam Positif 2.0

Assalamualaikum.

Writing here to commemorate my second time being COVID-19 positive. To be honest, aku still takleh brain how come I got infected again sedangkan I'm fully vaccinated and also have a booster shot. I did the tests 3 kali tau sebabkan masih was-was punya pasal. Two positive results, one negative. Aku pilih untuk percaya dengan keputusan positif. Petang aku buat RTK tu, aku terus pack barang penting and inform staf kolej. Staf bagitau apa nak buat, and aku terus gerak pergi rumah kuarantin sambil angkut barang sorang. Kesian dengan roommate aku. Kesian dengan Muna sebab aku baru lepas makan dengan dia sebenarnya, sebelum aku balik rumah and buat RTK tu. Luckily, Muna is negative. Sekarang tengah tunggu result RTK roommate aku. Meanwhile aku sepatutnya duduk sorang kat SP4-21 sebab rumah 22 dah full tapi akak aku suruh aku duduk dengan kawan jugak. Takut pape jadi, takde siapa around me. Gitulah. Jadi sekarang aku tengah merempat kat ruang tamu SP4-22 during my quarantine. Syukur alhamdulillah, makanan 3 kali sehari provided by pihak kolej. Ada classmate yang quarantine sekali, jadinya tak bosan la saya di sini.

Ramai yang tanya pasal simptoms. Jujur, aku cuma sakit tekak and rasa seram sejuk je dari tadi. I'm still waiting for air mineral dari member (aku mintak hantarkan depan rumah) but for now, tekak aku memang serious kering macam gurun. Nak bercakap kemain perit. Actually, aku dah start nak rasa sejuk. Perhaps, a fever is coming. While it was relatively funny that I somehow got COVID again, this is also a post of shame. Can't believe my immune system can't defeat this virus despite being exposed to it FOUR times already (2 vaccines shot + 1 booster + 1 time positive). Balik rumah nanti, confirm pak aku akan suruh makan Habbatus Sauda lagi huhu.

Let's just hope the symptoms are mild and won't fry my brain off. See you again in next post!


Qillah signing out,

Assalamualaikum.

Wednesday, October 19, 2022

Nak Balik...

Assalamualaikum dan selamat pagi. Aku sebenarnya tengah dok baca journals dari tadi sebab belum ada tajuk untuk research proposal aku lagi. Baca punya baca, tibah aku rasa nak nangis. Honestly, this semester starts off rough for me. Baru week 1, aku dah rasa homesick gila. Padahal aku tak pernah rasa centu langsung dari asasi. Maybe dulu aku excited sangat first time belajar jauh dari family. Rasa happy bahagia sentiasa. Stress belajar pun aku reti nak handle sendiri. Tapi kali ni, dia punya stress tu lain macam weh hahahaha. Minggu ni je dah berapa kali aku call akak aku nangis pasal proposal ni. Aku asyik rasa nak balik rumah je. Taknak duduk sini dah. Homesick teruk weh.

Tapi tulah, time aku beriya nak balik, mak aku lak tak bagi balik. Katanya, cuti Deepavali sekejap je. Bazir duit kalau balik. Tapi aku nak balik. Nak duduk rumah. Nak lari dari kampus. Aku rasa lemas sebenarnya duduk sini. Mungkin sebab kampus ni akhirnya ramai manusia. Nak beli makanan kat anjung pun kena beratur panjang yall. Rela aku tak makan daripada kena tunggu berjam-jam. Masa-masa macam ni lah, aku rindu Johor. Nak balik.

Sekian luahan perasaan saya di pagi buta ni.

Sunday, October 9, 2022

It's A Wrap!!!

Hi and assalamualaikum semua! Setelah sekian lama MIA kerana terlalu sibuk, hari ini saya adakan jugak masa untuk tulis entri ini sekadar untuk kenang-kenangan. Untuk yang tidak tahu, saya ialah salah seorang PM untuk Minggu Destini Siswa Sesi 2022/2023 untuk UiTM Kuala Pilah. Ha, PM tu apa kak? PM ni ialah panggilan untuk pelajar senior atau fasilitator yang terlibat semasa minggu orientasi pelajar baharu di UiTM. Dulu kala, PMDS ni membawa makna Pembantu MDS tapi untuk yang terbaru ni, PM sudah dinaik taraf sebagai Pemimpin Minggu Destini Siswa. Pemimpin tau, bukannya Perdana Menteri mahupun Pendera Mahasiswa... 

PMDS yang terpilih perlu menghadiri kursus pemantapan selama seminggu sebelum MDS dijalankan. Sepanjang kursus ini, PMDS akan dibahagikan mengikut biro dan mengadakan perbincangan untuk melancarkan flow MDS. Untuk sesi MDS kali ini, kita ada Biro Teknikal dan Multimedia, Biro Makanan, Biro Disiplin, Biro Program dan Biro Medik. Ikutkan macam nak join Biro Disiplin tapi entahlah mungkin den tak kuasa nak menjerit-jerit, jadinya saya join la Biro Makanan. 

Nampak macam "eleh, jaga makanan je pun! benda senang je ni." tapi hakikatnya tidak ya. Biro makanan ialah biro yang paling kerap ulang-alik bangunan fakulti dengan Anjung sebab kita kena standby awal sebelum pelajar dilepaskan untuk makan tengahari dan minum petang. Siapa yang pernah sampai UiTM Kuala Pilah, tahulah macam mana seksanya nak turun naik bukit semata-mata nak balik Anjung. Itupun, ada lagi pelajar yang merungut sakit kaki dan sebagainya. Sampai ada yang suggest UiTM provide basikal untuk pelajar MDS.

Allahuakbar. Nak provide basikal untuk fasi 30 orang pun tak cukup duit, dik. 

Banyak pengalaman manis, banyak jugaklah pengalaman pahitnya. Hari keempat MDS menyaksikan saya meletup. Tak pasal-pasal ternaik suara, tertengking... nasib baik tak ternangis depan PM lain. Kalau tak, jatuh la imej saya sebagai Aqillah yang brutal hm. 

Mungkin ada pelajar yang perasan muka tengik saya, mungkin ada jugak yang diam-diam mengutuk akak fasi sebab ayam kecik sangat dan sebagainya. Terpulanglah, malas den nak fikir dah. Kesilapan atau kekurangan pada makanan ialah sesuatu yang di luar bidang kuasa kami sebagai biro makanan. Unit Kolej yang berurusan dengan katerer, kami ni tolong sampaikan makanan je. Tapi andainya ada kes makanan rosak dan keracunan makanan, kami tak zalim sangat nak paksa korang makan jugak makanan tu. Yang tu, jangan risaulah.

Sepanjang MDS ni, dah dua kali hujan turun dengan lebat semasa pengambilan makanan. Sekali masa sarapan, dan ada lagi sekali hujan masa makan tengahari. Sebagai biro makanan yang berwibawa, saya hantarkan makanan pada setiap blok kolej dengan baju hujan dan payung. Nasiblah baju kurung lencun habis sekali pun, asalkan korang ni tak kebulur. Maaf kalau tak dapat hantarkan air dengan buah, kami ni tak cukup tangan. Terasa sejuk la hati bila ada pelajar yang ucap terima kasih. Rasa nak nangis pun ada, tapi kenalah tahan macho kan. 

Okay habis dah luahan perasaan, saya nak spam gambar pulak hehe.

 


 


 


  Biro Makanan anda semua (dari kiri): Yatt, Qillah, Cha An, Afifah, Haziqah





 
Ustazah Amirah tengah try tudung MDS >_<



Tak minta banyak, semoga yang baik korang amik. Yang buruk, korang buat-buat la amnesia. Muka aku tertido dalam BS7 tu, mohon delete la. Aib aku tu HAHA. Tu je la kot, terima kasih pada 30 orang PM termasuk Nabil yang diheret masuk last minit oleh saya. Terima kasih sebab dah give your best sepanjang dua minggu ni. Pada Paan dan Putra jugak, terima kasih sebab sudi join flashmob kitaorang on short notice. Junior yang sangat happening, walaupun baru 18 tahun tapi borak dengan aku macam dah kenal 10 tahun lepas HAHAHA. InshaAllah may our paths cross again in the future. Akhir kata, tahniah untuk semua and good luck on your next journey!


Qillah signing out, 

Assalamualaikum.




Saturday, April 2, 2022

UiTM Kuala Pilah (Part II)

Assalamualaikum, hai selamat pagi semua! Seperti yang pernah dijanjikan di post saya sebelum ni, saya akan update more about fasiliti dan kemudahan yang ada di UiTM Kuala Pilah. Kepada adik-adik yang mendapat tawaran di kampus Kuala Pilah ni, tahniah dan syabas diucapkan. Tak kisahlah course apa yang korang dapat, kami warga Pilah tetap mengalu-alukan anda semua. Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita tengok apa saja yang ada kat kampus KP ni.

Benda pertama kita akan jumpa of course la pintu gerbang UiTM kan. Masuk saja dari pintu utama tu, ada pondok Polis Bantuan. Kalau di Asasi Dengkil, sebelum keluar kita kene scan student card kat PB dulu kan? Ha, sekarang dah peringkat ijazah/diploma, so kita tak perlu report keluar masuk kita pada PB. Kalau ada kawan atau family yang nak melawat pun, boleh terus masuk je. Dari pintu gerbang tu, drive straight sampailah kita nampak Bangunan Pentadbiran. Dari Bangunan Pentadbiran, kita boleh terus direct access to Bangunan Akademik dan Dewan Kuliah. Sebelum terlupa, kita ada 2 ATM Bank Islam di kampus. Satu terletak bersebelahan dengan pejabat Polis Bantuan di Bangunan Pentadbiran, dan satu lagi terletak di tengah-tengah Anjung Sri Perpatih di kawasan kolej.

Dewan Kuliah sederhana saja keluasannya, masih belum boleh kalahkan DKD1 di UiTM Dengkil. Bangunan Akademik pula terbahagi kepada 2 bahagian; satu bahagian makmal, satu lagi adalah bahagian bilik kuliah, merangkap kelas. Untuk pelajar sains, jangan risau. Kat sini, semua jenis makmal disediakan dan lengkap serba serbi untuk kegunaan pelajar. Ada 6 aras tapi kemudahan lif disediakan. 

Makmal di Bangunan Akademik

Seperti UiTM lain, kita juga ada perpustakaan di sini, iaitu Perpustakaan Tunku Abdul Rahman atau PTAR la singkatan dia. Di Kampus Kuala Pilah, PTAR ada dua tingkat yang boleh diakses oleh pelajar. Ruang letak beg ada di luar PTAR, tapi unfortunately ruang berkenaan ialah ruang terbuka. Maknanya, segala kehilangan, kerosakan dan kerugian harta benda yang diletakkan di ruang itu adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri. Peraturan nak masuk PTAR sama saja rasanya macam UiTM lain, pastikan pakaian mengikut sahsiah rupa diri pelajar UiTM dan kasut bertutup. Hanya beg laptop saja yang dibenarkan dibawa masuk dalam PTAR. Wi-fi kat sini pun memang laju, senang nak kelas atau buat assignment. 

Selain PTAR, kita juga ada Unit Kesihatan (UK) di bahagian belakang Bangunan Akademik. Setakat April 2022, belum ada Pegawai Perubatan atau Doktor yang bertugas di UK. Hanya ada Medical Assistant (MA) dan beberapa staff sokongan. UK juga ada sediakan ambulans untuk keadaan kecemasan. Jika perlukan rawatan dari Doktor jugak, kebiasaannya staf UK akan hantar kita ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan lanjut. Dari pengalaman peribadi, KK di Kuala Pilah tak kenakan cas kepada pelajar UiTM kalau kita boleh tunjuk kad pelajar kita. Servis pun agak laju, mungkin sebab klinik di kawasan pekan tak ramai orang sangat.

Untuk pelajar yang ada kelas fizikal atau sesi makmal, jangan risau. Korang tak perlu pun berjalan kaki naik bukit untuk ke Anjung Sri Perpatih di kawasan kolej. Kat bangunan fakulti, ada kafe yang dibuka seawal 8-9 pagi untuk sarapan dan makan tengahari. Kafe tu juga berdekatan dengan Bilik Majlis Perwakilan Pelajar, jadi sekiranya pelajar ada masalah di fakulti, boleh la terus rujuk jawatankuasa MPP yang bertugas di bilik berkenaan. Okay habis dah mengenai bangunan di bawah. Sekarang kita gerak pula ke bahagian kolej dan Anjung.

Dari Bangunan Pentadbiran, ada laluan susur gajah yang berbumbung menuju ke bahagian kolej. Untuk pelajar baru, dukacitanya saya memaklumkan bahawa kampus kita terletak di kawasan ceruk pedalaman dan kawasan berbukit. Oleh itu, perjalanan dari bangunan Pentadbiran ke bangunan kolej boleh saya ibaratkan dengan perjalanan mendaki bukit. Mungkin harapan pihak atasan ialah dapat melahirkan pelajar yang cergas serta cerdas mindanya apabila ditempatkan di kawasan sebegini. Tapi ada hikmah juga sebenarnya. Kawasan keliling memang hutan hijau dan sangat dekat dengan alam semula jadi. Sambil mendaki naik tu, boleh tengok keliling cuci mata. InshaAllah perjalanan nanti rasa macam sekejap.

Model kawasan kolej dan Anjung 

Blok kolej kita terdiri daripada Sri Pilah 1, 2, 3 dan 4, serta Sri Menanti 1, 2, 3, 4, 5, dan 6. Setakat ni, blok pelajar lelaki ialah SP 1 dan 2 manakala sisa blok lain ialah blok kolej pelajar perempuan. Ada juga staf UiTM yang menetap di blok kolej ini dan mereka inilah yang dikenali sebagai Staf Residen Kolej (SRK). Mereka yang akan mengawal dan menjaga pelajar di sini, di bawah Unit Pengurusan Kolej (UPK). Jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas blok kolej dan Anjung ialah Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). Di tengah-tengah antara blok SP dan SM, terletaknya Pusat Islam (PI) dan Anjung Sri Perpatih. Di tingkat 2 Anjung, ada Dewan Sri Perpatih yang sering digunakan untuk majlis rasmi dan program kolej. 

Harga makanan di Anjung bergantung juga dengan menu yang kita pilih. Untuk sarapan, kedai roti canai dah mula dibuka bermula sesi Mac-Ogos 2022. Kalau nak berjimat, boleh makan nasi bujang dengan harga serendah RM3. Memang kenyang dan sedap. Kedai air ada satu sahaja tapi setakat ini, alhamdulillah cukup saja. Mesin gedegang ada kat Anjung dan SP1. Baru-baru ini, mesin air RO telah pun dibenarkan beroperasi semula atas gabungan usaha JPK dan MPP untuk kebajikan para pelajar di kolej.

Pemandangan dari tingkap bilik SM1-2131

Seterusnya ialah mesin basuh dan mesin pengering. Untuk menggunakan mesin basuh, kita kene tukar dulu RM3 (seringgit seringgit seringgit) ke bentuk token (macam syiling). Setiap cucian/pengeringan bernilai RM3. Mesin pengering pulak agak terhad bilangannya, cuma ada di sesetengah blok sahaja. Setiap blok jugak ada ruang ampaian ya, jadi tak ada isu nak berebut tempat sidai. Status mesin basuh dan pengering setakat April 2022:

SM 1 - mesin basuh
SM 2 - mesin basuh + mesin token
SM 3 - mesin basuh
SM 4 - mesin basuh + mesin token + mesin pengering
SM 5 - tiada
SM 6 - tiada
SP 1 - mesin basuh + mesin pengering + mesin token
SP 2 - 4 - tidak pasti

Okay jom cakap pasal rumah. Satu rumah ada berapa orang housemate? Boleh duduk dengan kawan ke? Sabar, kita jawab satu-satu. Untuk sesi Mac-Ogos 2022, satu rumah ditempatkan 6 orang housemates. Boleh duduk dengan kawan sekiranya datang mendaftar dan ambil kunci bersama dengan kawan anda. Rumah di kampus Kuala Pilah ni lebih kurang dengan di Dengkil, di mana satu rumah ada 3 bilik, 2 tandas dan 1 ruang mandi. Satu bilik akan didiami oleh 2 orang, jadinya total memang 6 orang/rumah. Kita juga ada ruang tamu untuk lepak lepak. Dalam setiap rumah, ada bilik khas untuk ampaian dan tempat letak kasut jugak. Lengkap serba serbi, dan kita cuma perlu bayar RM420/sem. Bless UiTM.

Sayangnya, di blok kolej ni tiada lif. Sekiranya anda ditempatkan di tingkat 5, saya ucapkan selamat maju jaya untuk anda. Oh, untuk makluman semua juga, pejabat UPK terletak di SM 1. Pejabat UPK ni merangkap pusat penerimaan parcel. Segala parcel beralamatkan UiTM Kuala Pilah, akan dihantar di sini. Tapi jangan ingat staf akan tolong kita asingkan barang kita. No, kat sini semua self-service. Kita kena masuk stor tu dan cari sendiri parcel kita dalam longgokan parcel lain. Sebagai senior yang bertanggungjawab, akak nasihatkan adik-adik sekalian ambillah parcel atau barangan anda secepat mungkin. Ini bukan gurauan atau momok semata-mata ya. Akak pernah bersila dalam stor tu sebab nak cari parcel yang lambat amik 3 hari saja. Berpeluh juga walaupun ada aircond kat situ huhu.

Oh, lupa nak cerita pasal fasiliti sukan. Kita ada badminton court, volleyball court, futsal court dan juga padang besar untuk anda bermain frisbee. Tepi tepi padang tu ada lah equipment basic yang kita selalu nampak kat public park. Biasanya lampu di court buka sampai 11.00 malam tapi ada saja pelajar yang lepak kat situ gelap-gelap. (Amaran: Jangan berdua-duaan lelaki perempuan pulak kat situ, ingat ada yang ketiga). Kawan ada bagitahu yang basikal dan piring frisbee boleh ambil dari Unit Sukan tapi tak pernah jumpa pula bilik Unit Sukan tu kat mana hmz.

Pengangkutan dari UiTM ke pekan, buat masa sekarang, memang 100% bergantung kepada perkhidmatan teksi. Kalau ada kenderaan sendiri, lagi berguna sebenarnya sebab mudah nak bergerak. Just a PSA, jarak kampus kita nak ke pekan sangat jauh ya, dalam 7 km jugak. Itu baru nak keluar dari kawasan hutan tau, belum sampai ke pekan yang dah lengkap serba serbi dengan kedai. For now, pihak MPP masih dalam proses nak perjuangkan bas gopi dan van UiTM untuk pengangkutan pelajar. Senarai nombor pemandu teksi dan tambang terbaru telah ditampal di papan kenyataan setiap blok kediaman, boleh rujuk di situ. Grab? Tiada. Foodpanda dan delivery makanan (McD, KFC, PizzaHut) alhamdulillah dah boleh masuk kampus.

Internet? Saya pakai telco UMobile dengan Celcom okay saja rasanya. Tapi UMobile memang takde line kalau hujan, and Celcom biasanya pukul 12-2 pagi gitu akan terus E. Majority of the time, saya rely on Wi-fi UiTM sahaja. 

Lobi Bangunan Pentadbiran


Green Cafe ni dah tak beroperasi sejak 2016 lagi hm


Pemandangan dari Anjung


Blok Pentadbiran dari tingkat 4 Blok Akademik

Sampai sini sajala entri kali ini. Do reach me out kalau ada soalan pasal UiTM Kuala Pilah ni lagi! See you guys in the next entry.

Qillah signing out, 

Assalamualaikum.





Sunday, January 9, 2022

Interview Sekretariat MPP?!?!

Assalamualaikum dan hai! Back to another entry, hari ini saya nak cerita pula mengenai temuduga aku untuk sekretariat MPP. Dah macam orang gila kuasa kan saya ni hahaha. Sebelum saya dilabel sedemikian, eloklah kiranya kalau saya clarify siap-siap; JPK 20/21 dah dibubarkan, jadinya sekarang cuma terlibat dengan Biosmarteam saja. Itupun takdelah sibuk sangat. Tanpa membuang masa, ayuh kita ke poin utama blog ni. 

Interview saya semalam, 8 haribulan, 10.35 pagi. Saya mohon jawatan Sekretariat Akademik dan Sekretariat Kolej. Kenapa? Sekretariat Akademik sebab saya ada kawan rapat yang merupakan bekas Sekretariat Akademik, jadinya boleh la saya belajar dengan beliau sekiranya terpilih. Sekretariat Kolej pula sebab saya sendiri datang dari latar belakang JPK, jadinya lebih familiar gitu. Macam biasa la, sebelum temuduga, kita kene survey contoh soalan temuduga. Alhamdulillah, rezeki juga la masa tu saya ada rakan bekas sekretariat MPP yang kongsi pengalaman temuduga mereka. Persediaan telah pun dibuat, berkurang la resah gelisah masa tu.

Ternyata instinct saya ketika itu memang betul dah, soalan dia tak ada sangkut paut dengan soalan yang saya dah practice huhu. Saya kongsikan la sedikit soalan yang saya dapat ketika itu.

  1. Pendapat kita mengenai kebajikan mahasiswa.
  2. Adakah calon semua cakna dengan keadaan kolej? Kalau ya, berikan contoh isu-isu di kolej.
  3. Kalau tak dapat jawatan yang kita mohon, adakah kita bersedia untuk dapat jawatan lain?
Untuk sesi pertama, soalan berbentuk umum. Semua calon wajib jawab. Sesi seterusnya ialah sesi one-by-one. Unfortunately, saya ialah nama pertama yang dipetik. 
  1. Apa yang saya faham mengenai professionalism dan berikan contoh.
Soalan memang tricky dan kenalah fikir cepat kan. Jawapan pula memang tak boleh sama dengan calon lain, jadi agak mencabar di situ. Yang pasti, sejurus saja temuduga berakhir, masa tu la nak datang segala idea nak jawab soalan tapi terlambat sudah. Benda dah lepas, nak stress pun tak boleh nak ubah apa. Sampai sini sajalah entri kali ini, harapnya bermanfaat untuk para pembaca. Jumpa lagi di entri seterusnya~

(Update: Alhamdulillah dah selamat jadi seki MPP hehehehe.)

Qillah, signing out,

Assalamualaikum.

all time popular!