Pages

Sunday, December 25, 2022

FYP 1: Baca journals sampai muntah?

    
    Assalamualaikum semua~ Entri ini ditulis pada hari Krismas, 25 Disember 2022 kerana saya sedang ketandusan idea untuk menyambung penulisan Research Proposal. Ha apa pulak Proposal ni? Bagi yang tak tau, sedikit pengenalan tentang saya: saya ialah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Biologi di UiTM Kuala Pilah. Saya sedang semester 5, dan tentunya bila kita sudah melangkah masuk ke tahun akhir degree, akan ada projek akhir tahun atau omputihnya: Final Year Project. Setakat pengetahun saya, FYP ni dibahagikan pada dua bahagian iaitu FYP 1 (Research Proposal) dan FYP 2 (Final Year Project). 

    Pelajar semester 5 seperti saya perlu menulis 3 bab untuk FYP 1 yang merangkumi Introduction, Literature Review & Methodology. Nampak sikit je, kan? Hakikatnya penulisan proposal tidak semudah itu, rakan-rakan. Itu akan dibahaskan di penulisan yang lain, tak cukup page nak menulis di sini. Untuk entri kali ini, saya akan ceritakan serba sedikit perjalanan FYP 1 di kampus saya iaitu UiTM Kuala Pilah. Mungkin akan ada post berasingan mengenai kesilapan yang saya buat (banyak sangat silap sampai tak boleh muat semua kat sini hahaha) semasa FYP 1 ni. Okay so macam mana nak start FYP 1 ni?


1: Pemilihan bidang kajian dan Penyelia (SV)

    Perkara pertama sekali yang kita kena buat tentulah kena pilih bidang yang diminati dan penyelia atau supervisor yang akan menyelia progress research kita sampailah FYP 2 nanti. Setiap kampus berbeza cara pemilihannya jadi saya akan kongsikan untuk kampus saya. Setiap batch FYP akan ada seorang penyelaras atau coordinator yang akan berhubungan dengan pelajar mengenai update FYP dan sebagainya. Coordinator saya bukak Google form untuk pelajar pilih penyelia. Ada 25 nombor yang disenaraikan, setiap satu mempunyai 3 bidang/kepakaran penyelia tersebut. Macam ni ha:

Nombor 1 (Biotechnology, nanotechnology, biochemistry)

    Maksudnya, ada 25 penyelia yang disediakan untuk FYP sesi itu. Identiti penyelia tidak didedahkan, cuma bidang dan kepakaran penyelia saja yang menjadi indikator untuk kita pilih. Saya pilih nombor 11 iaitu bidang microbiology, genetics dan biochemistry. Dalam kes kami, first come first serve. Sapa sempat pilih bidang, dapatlah bidang yang diminati sebab pilih di Google form kan. Kisahnya, coordinator saya bukak form ni masa saya naik bas. Den dahlah motion sickness, ingatkan nak pilih lepas turun bas nanti. Tau-tau, member call suruh pilih cepat sebab pilihan penyelia laku keras. By the time saya bukak semula form tu, tinggal lagi 6 ke 7 pilihan je hahahaha. Nasib baiklah sempat pilih bidang yang okay. Tapi itulah dia, pening lalat kepala nak menaip details kat form. Sempat jugak call akak untuk tanya opinion dia. Sebabkan akak saya merupakan pelajar mikrob, saya decide untuk ikut langkah beliau jugak. Anything boleh rujuk akak nanti hehe.


2: Perjumpaan dengan SV & Pemilihan Tajuk
    
    Lepas pilih bidang, coordinator akan upload fail nama penyelia berdasarkan nombor yang kita pilih. Saya dapat penyelia yang familiar, sebab beliau pernah ajar lab untuk biochemistry semasa semester 2. Okay, I guess. Di bawah setiap penyelia akan ada dua pelajar, ikutlah course tu ramai ke tak. Saya partner dengan Aziz, pelajar kelas A2. Kenal tapi gitu-gitu je lah. Lepas tahu siapa SV, terus save contact number and approach SV kita. Perkenalkan diri and tanyalah bila nak buat first meeting. Macam saya, SV minta jumpa masa naik semester 5. Cuti sem kene buat research sikit tentang topik kajian yang kita nak buat.

    Anyway, start sini saya dah mula buat silap dengan bertangguh. Tak buat research langsung masa cuti sem pastu naik cuti, terpinga-pinga nak bincang apa dengan SV. Nasib badan dapat SV yang memang serahkan 100% pada kita untuk flow research. SV follow je plan kita apa, tapi kita sendiri pun tak tau nak buat apa hahahaha. Jangan buat kesilapan ni guys. Plan your research well. Untuk FYP 1, kita kena sign contract form dengan SV. Kalau takde masalah dengan SV, boleh proceed. Kalau rasa SV tak serasi dengan kita, boleh je bincang dengan coordinator. Setahu saya, dibenarkan untuk tukar SV atas budi bicara.

    By week 1/2, kena submit FYP Contract Form pada coordinator untuk dokumentasi. Tapi itulah, luck tidak menyebelahi saya. Week 2, positif COVID. Terpaksa extend submission contract form dan segala perbincangan dengan SV. Masa tu, masih takde tajuk untuk FYP. Dalam keadaan sakit, pulun baca artikel jurnal untuk cari secebis tajuk. Dah jumpa sample of interest, tapi tak menepati kehendak SV pulak. SV saya nak sample atau research yang rare - yang belum atau kurang kajian sedia ada. Jadinya, teruskanlah pembacaan jurnal. Baca lagi, lagi dan lagi. Rasanya, saya dah shortlist dalam 5-6 samples masa tu. By the time saya habis quarantine, alhamdulillah tajuk dah ada. Tajuk dipilih ialah berkenaan aktiviti antibakteria dalam Coriandrum sativum L. Lebih kurang je dengan tajuk FYP akak saya, hehe. Bezanya, akak buat daun inai dengan Staphylococcus bacteria. Kita buat daun ketumbar. Bersyukur jugak ada akak. Akak saya bagi tengok full thesis dia untuk rujukan. Love sangat :>


3: Bermulanya Penulisan Proposal

    Once dah ada tajuk dan submit contract form, teruskan dengan penulisan proposal. Selalunya pelajar akan mula dengan Introduction, diikuti dengan Literature Review dan akhir sekali baru tulis Methodology. Ada jugak SV yang prefer kita siapkan LR terlebih dahulu sebab LR selalunya ialah bahagian paling panjang dalam proposal kita. Nak terangkan tentang setiap bahagian, memang tak cukup kudrat nak menaip. Ilmu di dada pun tidak seberapa nak terangkan, jadi pastikan fokus betul-betul masa coordinator terangkan.

    Untuk kitaorang punya batch, coordinator akan kerjasama dengan pihak PTAR untuk buat kelas online mengenai references, penulisan proposal dan journal databases untuk tolong pelajar. Untuk ilmu lebih, contohnya apa beza Endnote dan Mendeley, macam mana nak jumpa journal yang berimpak tinggi dan sebagainya. Ini semua ialah ilmu yang berharga untuk pelajar sengkek macam kita. PTAR ada sediakan kelas percuma, jadi luangkan masa untuk join. Pelajar UiTM boleh juga cuba layari laman web MyKM Portal untuk koleksi jurnal dan kelas online lain. Maklumat lain tentang FYP seperti format penulisan, tarikh akhir dan lain-lain, selalunya akan disediakan oleh coordinator. 

    Untuk pelajar Fakulti Sains Gunaan, boleh rujuk FYP Guidelines di pautan berikut: https://fsg.uitm.edu.my/images/Download_Document/FYP_1/FYP_Guidelines.pdf. Panduan ini tertakhluk pada perubahan semasa ya, pastikan baca yang terkini. Mana nak cari panduan FSG yang lain? Boleh lihat di laman web berikut: https://fsg.uitm.edu.my/index.php/about-fsg/download. Mungkin ada coordinator yang akan beritahu tapi saya tahu pasal laman web ni sendiri huhu. Maklumlah dah degree kan? Kenalah pandai cari maklumat sendiri. 


4: Susah ke nak menulis?

    Susah kalau tak manage masa dengan baik. Sayalah tu hahaha. Kena ingat ya, walaupun credit score untuk FSG631 (Research Proposal) ni hanyalah 2.0, tapi tanpa proposal yang bagus, susah kita nak teruskan FYP 2 dengan aman. Ada kes kawan saya kena  tukar tajuk setelah minggu ketujuh. Sakit ya nak mulakan semula research dari kosong. Komitmen di semester 5 ni bukan semata-mata untuk menulis proposal. Masih ada lab reports, assignments dan presentations menunggu anda. Belum kira case study dan tests lagi. Tak menang tangan!

    Rancang masa dengan baik. Coordinator saya selalu pesan: "sekurang-kurangnya sehari kena baca satu jurnal. Tulis sebaris ayat pun okay." Asalkan jangan buat last minute. Nanti jadilah macam saya ni. Terpaksa korbankan cuti Krismas seminggu sebab nak selesaikan lab reports dan FYP. Kita akan ada presentation by one dengan pensyarah lain masa Week 13. Kalau proposal belum siap, nak bentang apa diknon oi? Proposal dah siap pun, akan tetap dibantai kalau buat cincai. 

Sci-Hub penyelamat untuk pelajar sengkek hahahaha

    Akhir kata, tak payah nak stress sangat. Jarang dengar kes gagal FYP 1 tapi janganlah ambil lewa sangat. Sebolehnya, plan awal your research journey. Jadilah realistik dan berpijak di bumi nyata. Kalau sedar fakulti kita tak berapa nak lengkap peralatan makmal, buatlah FYP dalam kemampuan. Boleh je nak menyewa peralatan di universiti lain, tapi you tanggung sendiri la. Duit semua keluar sendiri. Sanggup? Teruskan dengan kajian anda. Apa-apa pun, good luck buat FYP! Semoga kita semua dapat lulus dengan jayanya. 



Assalamualaikum, 

Qillah signing out :>


2 comments:

all time popular!