Thursday, October 20, 2022
Salam Positif 2.0
Wednesday, October 19, 2022
Nak Balik...
Sunday, October 9, 2022
It's A Wrap!!!
Hi and assalamualaikum semua! Setelah sekian lama MIA kerana terlalu sibuk, hari ini saya adakan jugak masa untuk tulis entri ini sekadar untuk kenang-kenangan. Untuk yang tidak tahu, saya ialah salah seorang PM untuk Minggu Destini Siswa Sesi 2022/2023 untuk UiTM Kuala Pilah. Ha, PM tu apa kak? PM ni ialah panggilan untuk pelajar senior atau fasilitator yang terlibat semasa minggu orientasi pelajar baharu di UiTM. Dulu kala, PMDS ni membawa makna Pembantu MDS tapi untuk yang terbaru ni, PM sudah dinaik taraf sebagai Pemimpin Minggu Destini Siswa. Pemimpin tau, bukannya Perdana Menteri mahupun Pendera Mahasiswa...
PMDS yang terpilih perlu menghadiri kursus pemantapan selama seminggu sebelum MDS dijalankan. Sepanjang kursus ini, PMDS akan dibahagikan mengikut biro dan mengadakan perbincangan untuk melancarkan flow MDS. Untuk sesi MDS kali ini, kita ada Biro Teknikal dan Multimedia, Biro Makanan, Biro Disiplin, Biro Program dan Biro Medik. Ikutkan macam nak join Biro Disiplin tapi entahlah mungkin den tak kuasa nak menjerit-jerit, jadinya saya join la Biro Makanan.
Nampak macam "eleh, jaga makanan je pun! benda senang je ni." tapi hakikatnya tidak ya. Biro makanan ialah biro yang paling kerap ulang-alik bangunan fakulti dengan Anjung sebab kita kena standby awal sebelum pelajar dilepaskan untuk makan tengahari dan minum petang. Siapa yang pernah sampai UiTM Kuala Pilah, tahulah macam mana seksanya nak turun naik bukit semata-mata nak balik Anjung. Itupun, ada lagi pelajar yang merungut sakit kaki dan sebagainya. Sampai ada yang suggest UiTM provide basikal untuk pelajar MDS.
Allahuakbar. Nak provide basikal untuk fasi 30 orang pun tak cukup duit, dik.
Banyak pengalaman manis, banyak jugaklah pengalaman pahitnya. Hari keempat MDS menyaksikan saya meletup. Tak pasal-pasal ternaik suara, tertengking... nasib baik tak ternangis depan PM lain. Kalau tak, jatuh la imej saya sebagai Aqillah yang brutal hm.
Mungkin ada pelajar yang perasan muka tengik saya, mungkin ada jugak yang diam-diam mengutuk akak fasi sebab ayam kecik sangat dan sebagainya. Terpulanglah, malas den nak fikir dah. Kesilapan atau kekurangan pada makanan ialah sesuatu yang di luar bidang kuasa kami sebagai biro makanan. Unit Kolej yang berurusan dengan katerer, kami ni tolong sampaikan makanan je. Tapi andainya ada kes makanan rosak dan keracunan makanan, kami tak zalim sangat nak paksa korang makan jugak makanan tu. Yang tu, jangan risaulah.
Sepanjang MDS ni, dah dua kali hujan turun dengan lebat semasa pengambilan makanan. Sekali masa sarapan, dan ada lagi sekali hujan masa makan tengahari. Sebagai biro makanan yang berwibawa, saya hantarkan makanan pada setiap blok kolej dengan baju hujan dan payung. Nasiblah baju kurung lencun habis sekali pun, asalkan korang ni tak kebulur. Maaf kalau tak dapat hantarkan air dengan buah, kami ni tak cukup tangan. Terasa sejuk la hati bila ada pelajar yang ucap terima kasih. Rasa nak nangis pun ada, tapi kenalah tahan macho kan.
Okay habis dah luahan perasaan, saya nak spam gambar pulak hehe.
all time popular!
-
Assalamualaikum, hai selamat pagi semua! Seperti yang pernah dijanjikan di post saya sebelum ni, saya akan update more about fasiliti dan ke...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua. Hari ni, aku nak cerita sedikit tentang pengalaman belajar di Pusat Asasi UiTM Dengkil (batch 19...
-
Assalamualaikum dan hai, semua. Kali ini, saya nak cerita pula berkenaan hidup saya sebagai seorang pelajar ijazah jurusan Biologi di UiTM K...
-
Assalamualaikum dan hai! Back to another entry, hari ini saya nak cerita pula mengenai temuduga aku untuk sekretariat MPP. Dah macam orang g...