Pages

Sunday, March 31, 2024

Persiapan Raya 2024

Assalamualaikum, salam 21 Ramadan! Tengok tajuk pun dah tau kot apa isi utama entri kali ini haha. Tak tahulah cuma saya seorang je ke yang rasakan Ramadan kali ini agak cepat, pejam celik dah nak masuk Syawal ooo. Keluarga saya memang jenis semua benda nak cepat, termasuklah persiapan raya kami. Kalau boleh, 2-3 bulan awal ya mama dah suruh cari baju raya. 

Tema raya: Kuasa untuk memilih warna tema raya ni terletak pada 3 orang dalam keluarga kami; mama, saya dan kakak saya. Senang cerita, memang perempuan yang decide. Lelaki ikut je diam-diam hahaha. Tahun lalu dan sebelumnya, saya yang memilih tema warna kerana saya sahaja yang selalu berada di rumah untuk meneman mama cari barang raya. Tahun ini, akak saya pulang dari Shah Alam for good dan kuasa veto sebagai anak sulung digunakan sebaik mungkin. Warna brick orange dipilih, katanya warna trending 2024. Memang kena cari awal sebab warna viral 😀

Baju raya: Baju melayu lelaki yang dibeli terlebih dahulu, kebetulan dapat cari yang mur-mur di Pesta Konvokesyen UTM. Baju raya perempuan beli di aplikasi oren/hitam putih saja. Di sinilah mula berlaku perbalahan kecil kerana warna baju yang sampai berlainan shade. Agak susah nak mencari warna yang ngam-ngam. Personally, saya rasakan brick orange lebih ke arah merah kerana mempunyai warm undertone tetapi baju melayu lelaki pula mempunyai yellow undertone. Memang warna-warni sikitlah gambar raya family nanti hahaha.

Kepelbagaian tone warna brick orange

Kuih raya/kerepek: Sejak harga kuih raya naik semacam dalam 5-6 tahun lepas, keluarga kami memang dah jarang beli kuih di luar. Kalau ada beli pun, mungkin cuma 2-3 balang sahaja. Keluarga kami lebih banyak membeli kerepek. Mama saya boleh dikatakan pernah pergi hampir ke semua lubuk kerepek di Johor. Pantang dengar kerepek murah je, esok terus ajak ayah saya gerak. Tahun ini, mama pergi berdua saja dengan adik ke Parit Raja untuk memborong kerepek. Dalam 2 plastik besar jugalah hasil tangkapan seharian di sana. Ada cubaan membuat kuih raya tapi kuihnya dah habis. Tak sempat sampai raya pun 😂 Nak buat lagi kena tunggu datang mood rajin hahahaha.

Duit raya: Tahun lepas, saya ada menyediakan duit raya untuk adik-beradik dan adik saudara yang rapat. Setelah melihat baki duit simpanan, nampaknya tahun ini saya tidak mampulah ya untuk menyediakan duit raya huhu. Mungkin untuk ibu bapa saja yang cukup. Maaf adik-adik, angah korang tengah kesempitan duit ni. Tunggulah lepas raya baru saya sambung job hunting.

Tetaplah borong sampul duit raya walaupun tak memberi duit raya

Beraya di mana? Memandangkan tahun lepas raya pertama di kampung ayah, tahun ini akan beraya di sebelah mama pulaklah. Tapi kena bersedia mental fizikal sikitlah, sebab Tangkak panas lit lit. Saya ada memberikan cadangan untuk membawa sendiri iron dan kipas kerana kemungkinan besar tahun ini akan full house. Dulu, beraya di kampung mama selalu sampai malam. Namun setelah ayah saya semakin tua, beliau semakin kurang rajin ingin menempuh kepanasan raya. Cukup rumah mana yang wajib, kemudian terus drive balik hahaha.

Barang raya lain-lain: Tudung untuk raya pertama dah beli, tapi untuk raya kedua dan seterusnya masih belum beli. Beg raya pun belum beli hahaha. Kasut alhamdulillah sempat beli masa masih berduit. Nak beli mekap baru sebenarnya tapi KIV dulu la sebab bukan keperluan pun hehe.

Dugaan sebelum raya: Belum kurus dan muka tiber naik tiny bumps. Memang tak slay ya nak beraya tiber ada texture aneh-aneh ni. Badan saya pula merah digigit serangga tidak dikenalpasti. Puas saya bersihkan bilik tapi kena lagi esoknya. Mana datang pun tak tahu. Mungkin sebab cuaca panas? Entahlah nok.

Rasanya itu sahajalah persiapan raya yang saya teringat untuk tulis. Persiapan raya 2024 korang macam mana pulak? 😁


Tuesday, March 12, 2024

Dilemma

 


Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan. Entri ini dibuat dengan mata yang sembap dan hidung yang berair kerana tuan badan baru je lepas menangis. Ceritanya, saya baru saja dikhabarkan berita gembira apabila permohonan kerja saya di NIH diterima. Tetapi, NIH terletak di Setia Alam which is obviously di luar Johor. Keluarga saya pula memang berkeras tidak membenarkan kami adik beradik untuk bekerja di negeri lain. Puas saya pujuk, tetapi keputusan ayah mama sudah muktamad. 

Istikharah sudah pun saya lakukan, dan jujurnya hati ini lebih cenderung untuk terima. Tapi siapalah saya nak melawan... Sudahnya, menangislah saya di luar rumah tadi. Apalah guna ada rezeki untuk bekerja di sana tapi tiada berkat mak bapak. Tak minta banyak punlah. Ya Allah, datangkanlah redha dalam hati ini untuk menerima sebab jujurnya berat rasanya. I'm still crying at this point.

Dilemma. Rasa macam ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Saturday, March 9, 2024

End of degree!

Assalamualaikum, everyone. Saya sebenarnya dah hampir dua bulan unofficially habis degree tapi nak jugak tunggu keputusan semester 7 untuk post entri ni hahaha. Padahal keputusan cuma lulus gagal tanpa pemarkahan, yang bermaksud tiada peluang dah nak ubah CGPA tu huhu. Today, 8 March 2024, officially marks the end of my degree years.

Rasa surreal, macam tak percaya. 3.5 tahun yang penuh dugaan atas bawah kiri kanan. Hari-hari mulut ni berzikir nak drop degree, menyesal ambil biologi, dan banyak lagilah keluhan harian. Complain punya complain, tiba-tiba dah habis degree! Itulah orang kata, belajar ni pejam celik je. Tak terasa pun dah tiga tahun setengah rupanya.

Tak banyak pun nak cakap, but I'm forever grateful for the opportunity. Walaupun ijazah yang diambil bukanlah pilihan pertama, tapi masih dapat juga diteruskan sampai ke garisan penamat. After Johor Bahru and Dengkil, Kuala Pilah definitely holds a special place in my heart. InsyaAllah, semoga berjumpa lagi di coretan kehidupan yang akan datang. Terima kasih, Kuala Pilah, untuk 3.5 tahun yang banyak pengajarannya.

Next, road to convocation pulak!


all time popular!