Pages

Wednesday, September 18, 2024

Pengalaman Temuduga PDPP


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk yang tak tahu, saya telah pun menjalani temuduga untuk PDPP, atau nama penuhnya, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan. Temuduga tersebut telah dijalankan di IPG Kampus Temenggong Ibrahim pada 12 September yang lalu. Sebelum kita lompat ke perkongsian temuduga itu sendiri, mehlah kita ceritakan serba sedikit dahulu tentang latar belakang PDPP.

Berdasarkan temubual ringkas (ceh, padahal korek dari akak usher), sebelum ni PDPP adalah bersifatkan Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk guru kontrak (contract of service) yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan. Maksudnya, guru COS ini akan mengikuti pengajian PDPP semasa cuti sekolah bagi melayakkan mereka mendapat ikhtisas pendidikan. Dengan adanya ikhtisas pendidikan, barulah guru COS ini boleh memohon untuk menjadi guru tetap di sektor kerajaan. Pada tahun ini pula, penyertaan PDPP adalah secara sepenuh masa dan memerlukan 100% kehadiran semasa kuliah dan praktikum. Tambahan pula, yuran PDPP 2024 akan mendapat tajaan penuh oleh KPM dan mendapat elaun bulanan, sama seperti pelajar PISMP IPG. Menarik, kan? Mungkin kerana itulah, tapisan tahun ini ketat.

Ketika permohonan PDPP dibuka, KPM ada menyediakan senarai kluster ijazah sarjana muda dan mata pelajaran yang ditawarkan. Hanya kluster yang disenaraikan sahaja yang layak memohon, dan opsyen kursus itu sendiri sudah cukup terhad. Untuk sesetengah opsyen, ada syarat tambahan lagi yang perlu dipenuhi supaya permohonan itu lulus. Contohnya, untuk Ijazah Sarjana Muda Biologi yang dipadankan dengan opsyen Bahasa Inggeris, calon perlulah mempunyai kelayakan Bahasa Inggeris mengikut CEFR dengan tahap minimum C1.

5 opsyen yang ditawarkan: BI, BM, PAI, PJK dan Pendidikan Pemulihan

CEFR tahap C1 = MUET Band 5

Ada yang dah lulus dari segi kluster ijazah, tapi sangkut pulak dengan requirement CEFR. Nak pulak, KPM hanya iktiraf sesetengah ujian sahaja. Kat sini sahaja, dah ramai yang sangkut dan tak dapat teruskan permohonan. Nasib baiklah MUET saya memang ngam ngam Band 5, dan sijil tersebut pun masih belum expired. Setelah permohonan berjaya dihantar, calon akan terus terima tarikh untuk ujian e-UKCG pulak, iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru. Ujiannya atas talian sahaja. Tips UKCG ni,  jawab soalan dengan mindset dan peribadi seorang pendidik. 

3 September - keputusan UKCG keluar. Alhamdulillah, saya lulus dan layak untuk menjalani Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan sesi temuduga. Masa ni, memang dah rasa sesak nafas tengok elemen ujian kecergasan. Bleep test? Bangkit tubi 5 variasi? Tekan tubi? Tolonglah, kita dahlah tengah tanam anggur. Bangun tidur pun matahari dah tegak atas kepala. Memang ke laut la fitness. Nasib baiklah ada masa seminggu macam tu untuk prepare. Adik sayalah yang menjadi coach tak bertauliah. Heret saya setiap pagi untuk training. Terima kasih, adik.

Elemen UKF termasuklah bleep test 20 meter, bangkit tubi 5 variasi, tekan tubi selama 1 minit dan jangkauan melunjur. Kalau opsyen PJK, ada tambahan lagi 2-3 test. Rasa macam flop jugaklah bahagian UKF ni sebab bleep test tak lepas pun level 3, bangkit tubi pulak sampai variasi 3 je, tekan tubi tak payah cerita la. Menggigil lengan oi. Jangkauan melunjur not bad la, sebab kaki pendek haha. Cumanya, I'm a bit impressed la sebab berat saya turun 4kg. Selalu boleh dapat berat macam tu lepas Ramadhan sebulan. Patutlah orang kata cardio is the best for weight loss. Faham do sekarang.

Muka sebelum dilanyak oleh UKF

Lepas UKF, pensyarah bagi 15 minit sahaja untuk tukar attire. Kalau ikut jadual temuduga, sepatutnya ada dalam 30-40 minit macam tu untuk bersiap. Ikutkan nak mandi sekejap, tapi memang tak sempat huhu. Memang rushing nak tukar baju lagi, nak lap lap sikit badan lagi, nak mekap lagi, nak pakai nametag lagi. Nasib baiklah, calon perempuan tukar di dorm. Selesa sikit. Calon lelaki kena tukar kat toilet je. Kesian...

Temuduga dibuat dalam kumpulan. Jadinya untuk TESL Kumpulan B, ada dalam 5 orang macam tu. Kitaorang pun dah borak masa UKF tu, so kurang jugaklah gugup. Actually, elemen temuduga tu dah pun diberikan dalam pdf sebagai panduan persediaan. Baca dulu betul-betul, and practice sendiri kat rumah. Sebelum temuduga, dia akan minta tuliskan pernyataan hasrat kenapa nak jadi cikgu. Boleh je practice dari rumah, tapi sejujurnya saya tembak je masa tu sebab memang tak teringat dah skrip.

Soalan temuduga pulak, dia akan minta kita introduce diri sendiri dan explain semula pasal pernyataan hasrat yang kita tulis. Dari situ, dia akan probing soalan personal sebab nak tahu komitmen kita macam mana. Macam yang saya cakaplah, PDPP tahun ini adalah full time. Jadi, kalau calon tengah mengandung, atau situasi lain-lain, panel nak tahu macam mana calon nak pastikan dia boleh commit untuk PDPP ni. Mungkin sebab saya paling muda, dan orang kata paling tak ada komitmen la sebab tengah menganggur kan, jadinya tak banyak soalan pun ditanya. Lega jugaklah.

Oh, lagi satu. Memandangkan PDPP ni kan tajaan KPM, jadinya panel sangat menitikberatkan dokumen. Semasa temuduga, berulang kali jugak dia semak fail temuduga calon. Kalau dah sampai step ni, takkan kita nak kecundang disebabkan oleh dokumen kan? Jadi pastikan fail temuduga mudah untuk diselak dan bawa sekali dokumen asal yang diminta. Macam yang saya kata, KPM cuma recognize certain English test sahaja seperti MUET, APTIS, IELTS dan TOEFL. Ada calon yang mempunyai EPT (English Proficiency Test) tapi KPM tak recognize EPT. Daripada side panel, mereka tetap akan proceed dengan temuduga tapi straightforward dia beritahu, the chances untuk lepas adalah very minimal. Just take note on that la.

Selesai temuduga, proceed pula dengan mock teaching. Masa ni memang dah tawakal. Memang confirm flop habis bahagian ni sebab cara saya ajar dah macam presentation tau. Tak macam nak interact dengan budak sekolah rendah sangat haha. Tak apalah, asalkan dah cuba. Habis temuduga, terus pergi Paradigm sebab dah lapar. Surprisingly, it wasn't that scary. Definitely less nerve-wrecking than Startek punya interview. Sekarang ni, tengah tunggu masa je untuk keputusan 25 September nanti. Doakanlah semoga ada sinar untuk saya.

Itu jelah setakat ni, jumpa lagi kalau rajin!

all time popular!