Pages

Sunday, November 7, 2021

Biosmarteam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semua. Entri ini pendek saja sebab saya agak sibuk ya hari ini. Tak ada apa sangat pun, cuma nak tulis yang saya daftar untuk temuduga Biosmarteam secara impulsif. Tak ramai pun yang mohon masa tu, 3 orang saja rasanya. Jawatan pun tak banyak yang ditawarkan. 

Saya cuba nasib mohon EXCO Kebajikan & Pembangunan Insaniah sebab rasanya macam itu saja la jawatan yang agak sesuai dengan diri sendiri. Salah seorang panel temuduga malam ini ialah Izhu merangkap kawan saya sendiri haha. Kabel? Oh tidak, rakan-rakan. Gangguan lagi la, sebab si Izhu ni asyik tutup buka kamera je menahan ketawa. Kacau je konsentrasi aku nak bertemuduga... Soalan temuduga pula agak relax dan berbeza dengan soalan temuduga JPK. 

Apa-apa hal pun, saya dah selesai dengan temuduga saya dan rasanya, I did quite well juga. Tu saja la kot nak kongsi kali ini, jumpa lagi di entri lain!

Qillah signing out,

Assalamualaikum.

Friday, March 26, 2021

Semester 2!!

Assalamualaikum dan hai. Lama bebenor den tak update blog padahal tengah cuti sem ni -.-" Hari ni terdetik nak post sebab semester 2 dah nak mula, which is Isnin minggu depan (29/3). Result sem 1 aku okay alhamdulillah, dapat dekan walaupun sejujurnya aku tak taulah apa yang aku belajar sem 1 dulu... Aku rasa result aku mantap dah, dengan usaha aku yang seciput, okay sangat dah pun kalau score 3.0 ke atas. Tapi adik aku cakap, "3.6 tu aku dah biasa dapat kat MRSM, tak de rasa apa pun bila dapat." Terdiam den. Agaknya inilah dia perbezaan standard sekolah harian dengan sekolah asrama eh. Set macam aku ni target lulus je huhu...

Walaupun terkilan, takpelah kita amik as motivasi. Geram punya pasal, aku jadi semangat nak mula sem 2. Aku nak start study awal, tak nak dah procrastinate main tiktok macam sem 1. Macam susah kot sebab aku ni warm warm chicken p00p je tapi iya yang penting usaha dan keazaman tu kene ada hahahahahaha 

Masa sem 1 kan, aku print lecturer notes macam kat asasi tapi bila pikir balik, banyak beb spend duit untuk print notes tu je. Kalau dapat rata takpelah jugak, boleh kira investment berjaya haih. Aku bincang ah sikit dengan akak aku, sebab dia pun budak bio tapi takde pun print lecturer notes. Elok jugak dapat dekan. Jadinya sem 2 ni aku nak try study tanpa print lecturer notes. Menjimatkan kertas sambil selamatkan pokok (walaupun hakikatnya aku guna banyak testpad untuk nota acah estetik hahahahaha)

Oh, lagi satu kan, aku dah check jadual untuk sem 2 ni. Tak tau nak rasa apa sebenarnya, mixed feelings gitchewww. Sem 2 ni ada 2 je subjek bio; BIO462 Biochemistry dengan BIO464 Processes in Ecology. Untuk Biochem, ada 2 kelas - setiap satu berdurasi 3 jam. Aku sejam lecture pun kekadang tumbang. Inikan lagi sedebuk 3 jam. Yang Ecology tu tak pasti lagi bagaimana tahap kesukaran dia, kene tunggu dah mula kelas baru aku komen hewhew. Btw, sem 2 ni aku kene amik second language and memandangkan kampus saya hanyalah kecil-kecilan sahaja, cuma ada 2 options je iaitu Mandarin dan Bahasa Arab.

Ya aku tau Bahasa Arab tu bahasa dalam Quran tapi aduh aku memang takleh buat ah Arab ni. Kegagalan dalam SDEA dan SDKA sedikit sebanyak telah menjadikan saya gentar akan Bahasa Arab ni, jadinya tanpa ragu-ragu aku daftar kelas Mandarin. Yang aku tak boleh terima tu kelas Mandarin start 5 petang sampai pukul 7. Sampai nak Maghrib dia drag haih. Jadual sem 2 aku ni tak taulah nak kata packed ke tak. Pagi kelas berderet, petang pulak kelasnya lama / sampai pukul 7. Mencabar juga la tapi syukur saya di rumah. Tak payah fening fening pikir nak makan apa. Belajar je diam-diam.

Lagi satu subjek yang aku rasa boleh mengancam pointer sem 2 ialah ELC550 iaitu English for Academic Writing. Masa asasi pernahlah jugak buat AW ni dengan partner tapi semput weh. Serious aku cakap ni, siapa kata ELC senang score memang aku otw bantai :D Sem 2 ni aku ade CTU, tak silap pasal falsafah dengan civilization kot. Bersyukur Ya Allah kelas aku pagi pukul 8. Takleh imagine kalau kelas petang pastu cerita pulak pasal falsafah kan, pergh. 

Oh, aku dah tak amik Kesatria untuk sem 2. Instead, aku amik rekreasi walaupun macam tak nampak rekreasi celah mananya waktu odl macam ni hahahahaha. Azam sem 2 ni sebolehnya nak rata la, tapi kalau dapat merasa 3.8+ pun seronok jugak (update: mulut masin, sem 2 aku cgpa 3.83 gpa 4.0 yeay!!) Doakanlah semoga saudari Aqillah tidak sembang semata-mata dan berjaya menahan nafsu daripada procrastinate. Sedar tak sedar dah pukul 2 pagi jadi ayuhlah kita beradu. Bye, jumpa lagi di post seterusnya (itupun kalau aku rajinla nak update lagi HAHAHA)

Qillah signing out, peace yow ^_^

Assalamualaikum.

all time popular!