Assalamualaikum dan hai. Rasa macam dah lama ya tak update blog ni, walhal tengah cuti pertengahan semester ni. Saya ni sebenarnya memang dari awal semester dah sembang lebat dengan batchmates yang kononnya nak join MPP la, JPK la.. Memang yakin juga la nak pikul tanggungjawab tambahan masa tu hahaha.
Rancangan awal ialah nak sertai Biosmarteam, iaitu persatuan untuk ijazah biologi, tapi ternyata saya dah terlepas selection exco. Apakan daya, bukan rezeki saya. Ada juga rakan saya yang mohon sekretariat MPP tapi saya ukur baju di badan sendiri, macam belum layak lagi. Jadinya saya target JPK la masa tu.
Agaknya memang dah tertulis kan takdir saya dengan JPK. Ketika saya nak mohon tu, memang tinggal lagi sehari je nak deadline.Terus print out borang, isi dan emel ke pihak UPKNR sepantas mungkin. Boleh kata keputusan ini agak terburu-buru dan hanyalah gamble semata-mata. Tidak pasang harapan tinggi sangat tapi alhamdulillah lulus interview. Gigih saya pakai baju kurung masa tu sebab nak nampak yakin dan bersedia haha. Di kesempatan ini, saya kongsikan la sekali soalan interview masa tu.
- Kenalkan diri.
- Pengalaman.
- Harapan kalau dapat jadi JPK.
- Program/ event apa yang nak buat untuk tarik minat pelajar?