Pages

Sunday, December 6, 2020

Permohonan JPK UiTM

Assalamualaikum dan hai. Rasa macam dah lama ya tak update blog ni, walhal tengah cuti pertengahan semester ni. Saya ni sebenarnya memang dari awal semester dah sembang lebat dengan batchmates yang kononnya nak join MPP la, JPK la.. Memang yakin juga la nak pikul tanggungjawab tambahan masa tu hahaha. 

Rancangan awal ialah nak sertai Biosmarteam, iaitu persatuan untuk ijazah biologi, tapi ternyata saya dah terlepas selection exco. Apakan daya, bukan rezeki saya. Ada juga rakan saya yang mohon sekretariat MPP tapi saya ukur baju di badan sendiri, macam belum layak lagi. Jadinya saya target JPK la masa tu.

Agaknya memang dah tertulis kan takdir saya dengan JPK. Ketika saya nak mohon tu, memang tinggal lagi sehari je nak deadline.Terus print out borang, isi dan emel ke pihak UPKNR sepantas mungkin. Boleh kata keputusan ini agak terburu-buru dan hanyalah gamble semata-mata. Tidak pasang harapan tinggi sangat tapi alhamdulillah lulus interview. Gigih saya pakai baju kurung masa tu sebab nak nampak yakin dan bersedia haha. Di kesempatan ini, saya kongsikan la sekali soalan interview masa tu.

  1. Kenalkan diri.
  2. Pengalaman.
  3. Harapan kalau dapat jadi JPK.
  4. Program/ event apa yang nak buat untuk tarik minat pelajar?
Soalan asas je ni semua. Jawab dengan muka yang yakin dan tenang, inshaAllah boleh haha. Apa-apa pun, kalau diterima, pastikan galas la tanggungjawab tu sebaik mungkin. Tuhan dah pilih kita sebagai pemimpin, jangan main-main dengan amanah pihak atasan tu. Komitmen tu kene bagi all-out, at the same time pun, jangan abaikan pelajaran. Ingat, kita datang UiTM nak belajar. 

Sampai sini saja rasanya, jumpa lagi di entri akan datang!


Qillah signing out,

Assalamualaikum.


Monday, September 28, 2020

UiTM Kuala Pilah (Part I)

Assalamualaikum dan hai, semua. Kali ini, saya nak cerita pula berkenaan hidup saya sebagai seorang pelajar ijazah jurusan Biologi di UiTM Kuala Pilah. Rancangannya ialah nak cerita tentang tempat dan kemudahan di sini tapi tuan penulis sendiri belum pernah jejak kaki di kampus ketika proses penulisan entri ini. Almaklumlah, sekarang kan masih pandemik lagi. Apa yang saya mampu sampaikan hanyalah serba-sedikit mengenai ijazah biologi ni, manalah tau ada junior yang terinspirasi hahaha.

Ijazah Sarjana Sains (Kepujian) Biologi atau kod programnya AS201, merupakan program ijazah berdurasi 3 tahun (tidak termasuk tempoh latihan industri) yang berfokuskan kepada beberapa prinsip asas Biologi seperti Sel Biologi, Mikrobiologi, Biologi Molekular, Kepelbagaian Tumbuhan dan Haiwan, Fisiologi Haiwan dan banyak lagi. Ijazah biologi ini juga mempunyai minor in Pengurusan, bermaksud kita akan belajar juga subjek Marketing dan Management. Peluang pekerjaan tu, InshaAllah ada ja. 

Saya tidak pasti mengenai anda semua, tapi saya pasti dan yakin 3 tahun setengah ini akan membotakkan kepala saya. RIP la saya nak score subjek biologi tapi boleh je kot. By the way, di kampus UiTM Kuala Pilah ni, pelajar ijazah ialah golongan minoriti ya. Pelajar ijazah biologi apatah lagi la. Kaum Adam pun boleh hitung dengan jari saja. Majoriti mahasiswa/i di sini memang kaum Hawa. Tak tau la pula kalau ada kaum hybrid Adam dan Hawa hm.

Setakat ini, tu sajalah yang boleh saya kongsi mengenai UiTM Kuala Pilah. Mengenai bahagian fasiliti dan kemudahan, akan update kemudian la ya.

Qillah signing out,

Assalamualaikum.



Wednesday, August 19, 2020

UiTM Dengkil: Asasi Sains

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua. Hari ni, aku nak cerita sedikit tentang pengalaman belajar di Pusat Asasi UiTM Dengkil (batch 19/20). Harapnya, entri ini dapat memberi manfaat la kepada yang membaca.

First of all, tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya menempatkan diri di UiTM Dengkil ni! Korang memang awesome sebab yang masuk asasi ni kebanyakannya pelajar hebat-hebat. Once korang dah ada kat sini, you're back to square one. Tak kisahla sebelum ni you student MRSM ke, SBP ke, hatta sekolah menengah harian sekalipun; takde perbezaan strata kat sini so jangan rasa rendah diri atau insecure. Kawan je dengan semua orang and percaya pada diri sendiri, inshaAllah takkan ada masalah nak habiskan setahun kat Dengkil ni. 


Things end but memories last forever.

Kita mula dengan yang paling asas sekali. 

Seperti namanya; Pusat Asasi UiTM; kampus ini mengumpulkan semua program asasi UiTM iaitu Asasi Sains, Asasi Kejuruteraan, Asasi Undang-Undang dan Asasi TESL. Setahu saya, pusat asasi ini agak baru juga la. Jadinya, sudah pastila fasiliti dan kemudahan yang ada masih lagi dipulihara dengan baik. Ketika zaman saya, maintenance untuk fasiliti dan kemudahan di UiTM Dengkil adalah di bawah tanggungjawab pihak KAS Maintenance. Jadinya, laporan atau aduan fasiliti memang dilaporkan ke pihak mereka la, ataupun boleh je mengadu di portal e-Aduan. Kebiasaanya, pihak UiTM memang akan respon cepat terhadap aduan fasiliti.

Yuran UiTM alhamdulillah, boleh kira affordable la juga. Anggaran yuran masa batch aku (19/20) adalah seperti berikut:

  1. Yuran pengajian (Semester 1): RM 600+ 
  2. Yuran pengajian (Semester 2): RM 480 
  3. Yuran kolej: RM 420/ sem
  4. Bil barangan elektrik: RM10/ barangan elektrik
Kalau ada masalah nak bayar yuran tepat pada masanya, boleh rujuk dengan bahagian HEP. Kebiasaanya, mereka akan bagi penangguhan tarikh tamat yuran atau boleh terus tolak dari elaun asasi. Elaun asasi ni hanyalah eligible untuk pelajar yang pendapatan keluarganya kurang dari RM10k. Agak masyuk juga sebenarnya, dapatlah dalan RM3960. Cukup sangat kalau baru nak beli laptop atau nak beli buku teks. 

Di UiTM Dengkil, kenderaan tidak dibenarkan bawa ya. Kalau nak juga bawa, pandai-pandai la parking di luar dan keselamatan kereta tiada kaitan dengan pihak PB. PB ni apa pula? Ha, PB ni ialah polis bantuan. Setiap cawangan UiTM memang akan ada la PB yang bertugas. Pengangkutan lain di sini termasuklah servis Grab, bas, dan kalau nak berjalan jauh sikit, boleh la tong tong dengan kawan untuk sewa kereta. 

Next ialah kolej. Kolej di sini menggunakan sistem rumah, di mana satu rumah akan ada 3 bilik dan 2 bilik air. Satu bilik 2 orang, so total satu rumah akan ada 6 orang. Itulah yang akan teman kau susah senang sepanjang 10 bulan kat asasi, so treat them well. Paling aku suka ialah ruang belajar yang berasingan dari bilik tido. Jadinya tak wujudla alasan terlena atas katil masa study. Each student akan ada meja dan loker meja sendiri. Jadilah pelajar yang bertanggungjawab and pastikan barang korang tak kacau kawasan member. Setiap bilik akan ada balkoni, kat situ ada tempat ampaian. Tapi kalau nak cepat kering, rajinkanlah diri sidai kat ampaian bawah. Lebih terdedah kepada matahari = cepat kering. Oh dan untuk pengetahuan semua, kolej pelajar siswi dikenali sebagai Kolej Dahlia 1, 2 dan 3. Kolej pelajar siswa pula ialah Kolej Tualang 1, 2 dan 3.

Seterusnya, pasal pakaian. Pakaian di Asasi UiTM Dengkil ini tidaklah formal seperti pelajar matrikulasi ataupun pelajar STPM tapi masih perlu mematuhi Sahsiah Rupa Diri UiTM la. Pada hari Isnin, pelajar perempuan dikehendaki untuk memakai baju kurung dan pelajar lelaki pula akan pakai baju kemeja/ formal. Setahu saya, pelajar lelaki tidak dibenarkan pakai roundneck tshirt; kalau pakai hoodie sekali pun, kene pakai collared tshirt underneath. Jubah boleh pakai. Oh, selipar atau kasut tidak bertutup tidak dibenarkan ya ketika kelas.

Memandangkan Dengkil ni agak dekat juga dengan Cyberjaya dan Putrajaya, tak kan ada isu mati kebosanan di sini. Kemudahan dan tempat melepak merata boleh pergi. Yang aku ingat ada Pizza Hut, Burger King, KFC, D'Pulze, Alamanda dan IOI City Mall. 

Okay sekarang kita cerita pasal akademik. Kat Dengkil ni, kita ada 3 mod pembelajaran; syarahan (lecture), tutorial dan makmal. Lecture biasanya dalam 1 hingga 3 jam, bergantung kepada subjek. Tuto ni biasanya satu jam sahaja. Makmal pula 2 jam maksimum. Senang ke belajar kat Asasi ni? Ha, kena rasa dulu masuk sini, kemudian tepuk dada tanyalah hati: senang ke tidak? Nak dibandingkan dengan UM atau Kolej MARA Kulim, tentulah jadual asasi UiTM ni lebih relaxed. Tapi, pokok pangkalnya, susah atau senang tu letaknya pada pelajar itu sendiri. Tu je sebenarnya haha.


2 row tumbang masa kelas maths

Tutorial ni apa? Basically, ini ialah masa untuk uji tahap kefahaman korang dalam sesuatu subjek itu. Kebiasaanya, soalan tuto memang kena siapkan sebelum kelas, tapi ada ja pensyarah yang prefer untuk bincang soalan tu sama-sama dalam kelas. Buatlah tuto sebaik mungkin, ni la peluang korang nak test ilmu tu masuk ke tak. Nak tiru pun, tirulah dengan berhemah. Untuk mod makmal, lab coat ialah wajib. Boleh beli dengan ejen UiTM atau ambil je mana yang ada. Tentulah akan ada lab report dan assignment berkaitan, jadi pastikan jangan banyak bertangguh.

Kepada pelajar asasi sains, korang jangan ingat study korang nanti bosan je. Aktiviti makmal kita paling seronok tau. Boleh bedah tikus, check concentration urine member dan sebagainya. Sangat menarik, lagi-lagi kalau dah pasang niat nak sambung medic. Di kesempatan ini, aku nak kenalkan la member cilik aku yang berkorban demi perkembangan sains. Nama diberi ialah Syasya, umur tidak diketahui, punca kematian ialah dibunuh ketika sedang tido.


Makanan kat sini paling terbaik. Memang takleh lupa penangan Nasi Lemak Hijau Mak Uteh tapi dengarnya dari junior batch 2020/2021, dah takde dah kedai tu. Sedihnya, dulu everyday aku breakfast kat situ hm. Apa yang pasti, makanan di sini memang affordable. Lagi feeling bila lunch dengan classmates lepas kelas. Kat stage tengah anjung biasanya ade gerai/ stall. Kadang tu ada jual tudung, baju, kek lapis dan macam-macam lagi. Sekarang tak pasti pula ada lagi ke tidak.

  
My favourite bebal


 
D1-5-13


Inilah dia rakan-rakan seperjuangan sepanjang 2 semester di Dengkil; S41.



 
Sufia, Balqis and Intan; 3 orang yang paling bertanggungjawab menjadikan saya warga TikTok waktu kat asasi


"Beauty is pain." - Fariha 2020


Ni direct dari balkoni rumah aku weh


Pemandangan atas dari bangunan Etika


The only mirror selfie yang aku ada....


Pemandangan atas dari tingkat 11 bangunan Pentadbiran


Last class dengan Miss Hanisah, lecturer ELC sem 1.


Introducing my honey bun sugar plum Sufia

Jujurnya, susah untuk aku nak adaptasi dengan kehidupan di asasi. Banyak aspek hidup aku yang berubah, tambah lagi dengan penggunaan Bahasa Inggeris ketika kelas. Nak merungut, tapi ini pilihan aku buat sendiri. Kenalah bertanggungjawab dengan pilihan sendiri, ye dak? Alhamdulillah, I was blessed with amazing social support yang banyak tolong aku, intentionally or unintentionally. Shout out to them: Daniel, Sufia, Huda, Ainin, Intan, Mai, Fariha, anak-anak S41, and warga D1-5-13!

Sampai sini sajalah ya. Kalau ada soalan, boleh la komen je kat bawah tu. See you guys in my next entry!

Qillah signing out,

Assalamualaikum.





all time popular!